Make your own free website on Tripod.com
Selera Nusantara Xpoision
Aneka Kerabu

HOME

Kerabu Jantung Pisang
 

Bahan-bahannya:-

2 biji jantung pisang
1/4 cawan cuka atau perahan lemon
1/2 cawan kacang goreng (ditumbuk kasar)
1/2 cawan kelapa parut panggang tanpa garam
1/2 cawan bawang goreng


Bahan untuk kuah:-

1/4 cawan pes cili Thai (Nam Prik Pao)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan perahan limau nipis
2 camca besar gula
1/2 cawan santan


Cara Membuatnya:-

 

  1. Kupas lapisan merah luar jantung pisang. Hiris jantung pisang melintang 3 mm (1/8 in.) lebar. Rendam hirisan di dalam air sejuk bercampur cuka; ini untuk mengelak jantung pisang menjadi lebam.
  2. Celur jantung pisang di dalam air mendidih lebih kurang 5 minit. Sejat dan bilas dengan air sejuk. Ketepikan.
  3. Campurkan bahan-bahan kuah di dalam mangkuk. Masukkan jantung pisang dan kacang, kelapa parut panggang dan bawang goreng. Gaul rata. Saji sebagai hidangan sampingan bersama kari.

 

 




Kerabu Suun

Bahan-bahannya:-

100 gm suun (direndam 15 minit, disejat dan dibahagi kpd 4 bahagian)
1 ketul dada ayam (direbus dan disiat)
1 camb. udang kering (ditumbuk sedikit)
1/2 batang daun saderi (dihiris) 1/2 batang lobak merah (diparut kasar)
1/2 biji bawang besar merah (dihiris nipis)
1 cawan taugeh (dicelur)
1 batang daun bawang (dicincang halus)
1 tangkai daun ketumbar (dicincang kasar)
1/2 cawan daun pudina
3 camb. perahan limau nipis
3 camb. sos ikan
1/2 camt. serbuk cili
2 camb. kacang goreng (ditumbuk kasar)


Cara Membuatnya:-

 

  1. Celur suun ke dalam air panas, keluarkan dan bilas dengan air sejuk. Toskan.
  2. Masukkan suun di dalam mangkuk. Masukkan semua bahan kecuali kacang. Gaul rata. Saji di atas pinggan hidang dan tabur kacang.

 

 




Kerabu Kacang Botor/Kelisa

Bahan-bahannya:-

500 gm kacang botor (dihiris nipis)
1/2 cawan santan
1/4 cawan kerisik
1/4 cawan kacang goreng (ditumbuk kasar)
1/4 cawan bawang goreng


Bahan untuk kuah:-

1/4 cawan air perahan limau nipis
3 camb. gula melaka
3 camb. sos ikan
2 camb. pes cili Thai (Nam Prik Pao)


Cara Membuatnya:-

 

  1. Rebus kacang botor di dalam air mendidih sehingga empuk, lebih kurang 3 minit. Sejat dan bilas dengan air sejuk. Buang lebihan air dan masukkan ke dalam mangkuk adunan.
  2. Panaskan santan di dalam periuk di atas api sederhana panas.
  3. Campurkan perahan limau nipis, gula melaka, sos ikan dan pes cili Thai dalam mangkuk kecil. Kacau agar gula larut. Gaulkan kuah pada kacang botor.
  4. Letak campuran kacang botor di atas pinggan hidang. Tuang santan ke atasnya dan tabur kerisik, kacang dan bawang goreng.

 

 




Kerabu Nasi

Bahan-bahannya:-

2 cawan kelapa parut (disangrai)
2 cawan nasi beras Jasmin Thai (atau jenis beras panjang lain)
1 cawan isi buah limau barli (dipotong 1 in.)
1 cawan hirisan kacang panjang
1 cawan timun (dicincang)
2 cawan tauge (dibuang kepala dan ekornya)
1/2 cawan udang kering (ditumbuk sedikit)
2 camb. cili (dihiris menyerong)
8 helai daun limau purut (dihiris halus)
2 biji limau nipis atau lemon (dibelah 4)
2 cawan kuih beras (dipecah-pecah
kan menjadi kepingan kecil jika mahu)


Bahan untuk kuah:-

1 1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan budu
1/2 cawan gula melaka
5 biji bawang merah (dikupas dan ditumbuk)
1 batang serai (ditumbuk dan dipotong 5cm panjang)
1 in. lengkuas
1 camb. kicap manis
3 helai daun limau purut (dicarik-carik halus)


Cara Membuatnya:-

 

  1. Campur semua bahan kuah dan didihkan di atas api sederhana panas. Masak 5 minit, kemudian kecilkan api, dan masak 15 minit lagi. Angkat, sejat dan ketepikan.
  2. Letak kelapa, nasi, limau barli, kacang panjang, timun, tauge, udang kering, cili dan daun limau purut di atas pinggan hidang.
  3. Untuk menghidang, letak sedikit kerabu di atas pinggan makan. Tuang 2 camb. kuah di atas kerabu, perah limau nipis dan hias dengan kuih beras, jika suka.

 




Kerabu Terung Bakar
 


Bahan-bahannya:-

500 gm terung
1 biji bawang merah (hiris nipis)
1 camb. udang kering (rendam 10 mnt. dan cincang kasar)
2 biji cili merah (cincang kasar)


Bahan untuk kuah:-

1 camb. perahan limau nipis
2 camt. sos ikan
1 camt. gula


Cara Membuatnya:-

 

  1. Kelar terung memanjang. Panggang atau bakar terung sehingga lembut, lebih kurang 10 minit.
  2. Apabila sejuk, kupas kulitnya dan potong 5cm panjang. Letak terung di atas pinggan hidang dan hias dengan bawang, udang kering dan cili.
  3. Campur semua bahan kuah dan tuang di atas terung sebelum menghidang.

 

 




Kerabu Betik Muda
 


Bahan-bahannya:-

6 cawan hirisan halus betik muda
1 biji tomato dipotong memanjang
2 camb. udang kering, ditumbuk sedikit
2 camb. limau nipis atau lemon yang dipotong dadu bersama kulitnya
2 camb. kacang goreng yang ditumbuk


Bahan untuk kuah:-

3 ulas bawang putih (cincang halus)
3 camb. sos ikan
2 camb. air perahan limau nipis atau perahan lemon
2 camca besar gula melaka
1 camb. air asam jawa
2 tangkai cili kering, rendam 10 minit
7 biji lada hitam


Cara Membuatnya:-

 

  1. Untuk menyediakan kuah, tumbuk bawang putih, cili kering dan lada hitam sehingga lumat. Masukkan di dalam periuk kecil bersama air asam jawa, perahan limau nipis atau perahan lemon, sos ikan dan gula melaka, masak di atas api sederhana panas. Apabila mendidih, angkat dan biarkan sejuk.
  2. Tumbuk betik sehingga pecah-pecah. Masukkan tomato dan tumbuk lagi. Gaul sesekali sewaktu menumbuk.
  3. Masukkan kuah, udang kering dan limau nipis atau lemon (bersama airnya) dan gaul rata. Letakkan di atas pinggan hidang dan tabur kacang goreng. Hidang bersama ayam panggang dan pulut.

 

 




Kerabu Sotong Pedas

Bahan-bahannya:-

500 gm sotong (buang kulit dan bersihkan)
1 biji bawang kecil, dibelah 10 memanjang
1 biji tomato, dibelah 10 memanjang
1 batang daun bawang dipotong 1 in. pjg.
1 tangkai daun ketumbar, dicincang kasar
1/2 cawan daun pudina
6 helai daun salad


Bahan untuk kuah:-

5 biji cili (dicincang kasar)
2 camb. sos ikan
1/4 cawan perahan limau nipis
1 camt. gula
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 camt. garam
1 camb. Sriracha (sos pedai Thai)


Cara Membuatnya:-

 

  1. Belah sotong dan leperkan di atas papan memotong. Dengan menggunakan pisau tajam, kelar sotong bersilang-silang sejarak lebih kurang 0.5cm (1/4 in.). Kemudian potong sotong selebar 1 x 2 in.
  2. Panaskan kuali tidak melekat di atas api sederhana panas dan masukkan sotong. Kacau sehingga bertukar warna, lebih kurang 3-5 minit. Angkat dan ketepikan sehingga sejuk.
  3. Campur sotong dengan bawang, tomato, daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina. Campur semua bahan kuah dan tuang di atas kerabu.
  4. Lapik daun salad pada pinggan hidangan dan letakkan kerabu sotong di atasnya.

 

 




Kerabu Bayam
 


Bahan-bahannya:-

2 biji jantung pisang
1/4 cawan cuka atau perahan lemon
1/2 cawan kacang goreng (ditumbuk kasar)
1/2 cawan kelapa parut panggang tanpa garam
1/2 cawan bawang goreng


Bahan untuk kuah:-

1/4 cawan pes cili Thai (Nam Prik Pao)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan perahan limau nipis
2 camca besar gula
1/2 cawan santan


Cara Membuatnya:-

 

  1. Kupas lapisan merah luar jantung pisang. Hiris jantung pisang melintang 3 mm (1/8 in.) lebar. Rendam hirisan di dalam air sejuk bercampur cuka; ini untuk mengelak jantung pisang menjadi lebam.
  2. Celur jantung pisang di dalam air mendidih lebih kurang 5 minit. Sejat dan bilas dengan air sejuk. Ketepikan.
  3. Campurkan bahan-bahan kuah di dalam mangkuk. Masukkan jantung pisang dan kacang, kelapa parut panggang dan bawang goreng. Gaul rata. Saji sebagai hidangan sampingan bersama kari.

 

 




Kerabu Jantung Pisang
 


Bahan-bahannya:-

2 biji jantung pisang
1/4 cawan cuka atau perahan lemon
1/2 cawan kacang goreng (ditumbuk kasar)
1/2 cawan kelapa parut panggang tanpa garam
1/2 cawan bawang goreng


Bahan untuk kuah:-

1/4 cawan pes cili Thai (Nam Prik Pao)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan perahan limau nipis
2 camca besar gula
1/2 cawan santan


Cara Membuatnya:-

 

  1. Kupas lapisan merah luar jantung pisang. Hiris jantung pisang melintang 3 mm (1/8 in.) lebar. Rendam hirisan di dalam air sejuk bercampur cuka; ini untuk mengelak jantung pisang menjadi lebam.
  2. Celur jantung pisang di dalam air mendidih lebih kurang 5 minit. Sejat dan bilas dengan air sejuk. Ketepikan.
  3. Campurkan bahan-bahan kuah di dalam mangkuk. Masukkan jantung pisang dan kacang, kelapa parut panggang dan bawang goreng. Gaul rata. Saji sebagai hidangan sampingan bersama kari.

 

 




Kerabu Jantung Pisang

Bahan-bahannya:-

2 biji jantung pisang
1/4 cawan cuka atau perahan lemon
1/2 cawan kacang goreng (ditumbuk kasar)
1/2 cawan kelapa parut panggang tanpa garam
1/2 cawan bawang goreng


Bahan untuk kuah:-

1/4 cawan pes cili Thai (Nam Prik Pao)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan perahan limau nipis
2 camca besar gula
1/2 cawan santan


Cara Membuatnya:-

 

  1. Kupas lapisan merah luar jantung pisang. Hiris jantung pisang melintang 3 mm (1/8 in.) lebar. Rendam hirisan di dalam air sejuk bercampur cuka; ini untuk mengelak jantung pisang menjadi lebam.
  2. Celur jantung pisang di dalam air mendidih lebih kurang 5 minit. Sejat dan bilas dengan air sejuk. Ketepikan.
  3. Campurkan bahan-bahan kuah di dalam mangkuk. Masukkan jantung pisang dan kacang, kelapa parut panggang dan bawang goreng. Gaul rata. Saji sebagai hidangan sampingan bersama kari.

 

 




Kerabu Jantung Pisang

 


Bahan-bahannya:-

2 biji jantung pisang
1/4 cawan cuka atau perahan lemon
1/2 cawan kacang goreng (ditumbuk kasar)
1/2 cawan kelapa parut panggang tanpa garam
1/2 cawan bawang goreng


Bahan untuk kuah:-

1/4 cawan pes cili Thai (Nam Prik Pao)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan perahan limau nipis
2 camca besar gula
1/2 cawan santan


Cara Membuatnya:-

 

  1. Kupas lapisan merah luar jantung pisang. Hiris jantung pisang melintang 3 mm (1/8 in.) lebar. Rendam hirisan di dalam air sejuk bercampur cuka; ini untuk mengelak jantung pisang menjadi lebam.
  2. Celur jantung pisang di dalam air mendidih lebih kurang 5 minit. Sejat dan bilas dengan air sejuk. Ketepikan.
  3. Campurkan bahan-bahan kuah di dalam mangkuk. Masukkan jantung pisang dan kacang, kelapa parut panggang dan bawang goreng. Gaul rata. Saji sebagai hidangan sampingan bersama kari.

KERABU PEGAGA .
 

BAHAN2 NYA.

SATU IKAT ULAM PEGAGA .
2 BIJI BAWANG BESAR .
SETENGAH BIJI KELAPA DIGORING .
3 ULAS BAWANG MERAH .
3 ULAS LADA BESAR .
30 SEN UDANG KERING .
SEDIKIT GARAM DAN PERASA SERTA GULA .

PEGAGA DI CUCI TAK PAYAH DI BUANG AKAR2 NYA .
KEMUDIAN DI HIRIS HALUS2 ,BAWANG BESAR DI HIRIS NIPIS , TUMBUK CILI, BAWANG MERAH, DAN UDANG KERING , KEMUDIAN GAULKAN SEMUA BAHAN2 TADIK BERSAMA KELAPA GORING DAN PEGAGA , CAMPUR KAN SEDIKIT GARAM, PERASA DAN GULA MENGIKUT MENGIKUT SELERA MASING2 .

SELAMAT MENCUBA , RESEPI INI KHAS UNTUK DIK ANDI

GAULKAN BERSAMA2 LADA HITAM ATAU LADA SULAH JIKA SUKA ......

 


KERABU PUCUK PAKU
 

BAHAN2NYER:
2 ikat pucuk paku
180g bawang merah (dimayang)
60g cili merah *
30g cili api * (dikisar halus*)
30g belacan *
60g udang kering *
120g limau nipis
1/2 biji kelapa (digoreng dijadikan kerisik)
garam & gula secukup rasa

CARA2 MEYEDIAKANNYER:
Pucuk paku direbus kemudian dipotong sepanjang 1/2 inci. Gaulkan pucuk aku dengan bawang merah dan bahan2 yg dikisar halus. Masukkan kerisik, garam dan gula mengikut rasa. Akhir sekali, masukkan limau nipis dan gaul rata.

 


 

        KERABU ASAM DAGING (RAWA)

GULAI LEMAK DAGING
Santan (pekat dan kemancar) drp 1 - 1 1/2 bijikelapa
3-5 ulas bawang merah
sedikit kunyit hidup
asam keping
3-4 helai daun limau purut
1 kg daging lembu

Daging hendaklah dipotong kiub saiz 2-3 inci. Tumbuk halus bawang merah dan kunyit hidup. Masukkan daging bersama2 santan, bawang merah/kunyit dan daun limau purut dan masak gulak lemak ini hingga daging empuk.Perasakan dengan garam. Setelah daging masak, sejukkan dan hiris ketulan2 daging dan bahagikan kepada dua i.e utk GULAI LEMAK dan KERABU. Hirisan daging utk GULAI LEMAK hanya perlu dimasukkan ke dlm kuah gulai tersebut dan hidangkan.

    KERABU Asam Daging


Kerisik
8-10 ulas bawang merah - dimayang halus
halia - dimayang halus
cili padi - ditumbuk lumat
Daging yg telah dihiris2 tadi
Assam Limau
garam + (sedikit) gula secukup rasa

Gaulkan bersama kerisik, bawang merah, halia, cili padi dan hirisan2 daging dan perah assam limau secukup rasa. Tambahkan garam + gula mengikut citarasa masing2 dan hidangkan.