Selera Nusantara Xpoision

image00o1.gif

image001c.gif

ivydn.gif

countertop_red.gif

image002.gif

herz4_2kb.gif
Klik disini untuk ke main web,,,!

     Dapur Kami..!!
               Memasak adalah salah satu hobby Xpoision. Apatah lagi resepi terbaru     dari  kawan-kawan dan juga dari berbagai web telah saya layari dan mencuba..Dan    resepi saya sendiri....Terutama  santapan untuk keluarga amat digemari..
    Untuk tatapan para pengunjung laman ini,
    disenaraikan beberapa resepi kesukaan Xpoision untuk dicuba  bersama.
     Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau resepi yang menarik
    dan sedap untuk dicuba oleh pengunjung lain di laman ini,
    sila
  • Semua Resepi-resepi Yang Terdapat Di Sini Adalah Hak Cipta Milik Tuan Punya Resepi Tersebut.
     
  • Terima kasih kepada semua Tuan punya resepi  kerana membenarkan pihak kami menerbitkan koleksi resepi-resepi yang terdapat dalam dapur kedai.

Untuk Ke Resepi Yang Lain...Klik Dibawah Ini..!!

kuihmuih.jpg

Aneka Kuih

mskayam.jpg

Aneka Cipta Rasa Ayam

bubur.jpg

Berbagai Aneka Nasi...!

food.gif

Aneka Kerabu

mskikan.jpg

Aneka Cipta Rasa Ikan..

Makaroni Goreng Berempah
image001a.jpg

Masa penyediaan dan memasak : 30 minit
Hidangan untuk : 4 orang
Setiap hidangan mengandungi : 14gm lemak, 356 Kcal
Bahan-bahannya:
200gm makaroni maggi
3 camca besar minyak masak
Bahan A:
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 tangkai daun kari
1 camca teh biji sawi
Bahan B:
2 pek perencah bihun goreng maggi
1 camca besar serbuk kari
100 gm daging ayam dipotong dadu
11/2 camca teh kicap pekat maggi
1 camca teh serbuk pati ayam maggi
3 pokok daun sawi, dipotong 3 cm panjang
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang
Cara-caranya membuatnya:
Masak makaroni mengikut arahan pada pek.
Panaskan minyak, goreng ramuan A sehingga kekuningan.
Masukkan pes maggi dan serbuk kari, tumis hingga terbit bau.
Tambahkan daging ayam dan goreng selama 2 minit.
Masukkan kicap maggi, serbuk pati maggi, makaroni dan daun sawi. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang

On this Home page, I might include some information on how I first became interested in cooking and on the type of cuisine I consider my specialty.

Ayam Bersos Kacang
image007.jpg

Masa persediaan & memasak: 45 minit
Hidangan untuk: 4-6 orang
Setiap hidangan mengandungi: 24 gm lemak, 380 Kcal
Bahan A:
4 batang serai
4 cm lengkuas
4cm halia
1 labu bawang besar
1 camca besar serbuk belacan maggi
Bahan B:
1 peket perencah rendang maggi
1 peket tumisan sambal goreng maggi
2 batang serai
2 camca besar minyak masak
1 kg kepingan ayam
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
3 camca besar air asam jawa pekat
gula secukup rasa
100 gm kacang goreng, dikisar halus
Cara-cara membuatnya:
Kisar bahan A hingga lumat.
Masukkan perencah serta tumisan maggi dan serai kedalam bahan A.
Panaskan minyak dan tumis campuran bahan A hingga wangi.
Masukkan kepingan ayam dan goreng sebentar.
Kemudian masukkan air, santan, air asam jawa dan gula secukup rasa.
Masak hingga mendidih dan masukkan kacang kisar.
Kecilkan api dan renih, kacau selalu hingga hampir pekat.
Hidangkan bersama nasi dan roti

Nasi Dhal Nikmat
image005.jpg

Masa persediaan & memasak: 30 minit
Hidangan untuk: 6-8 orang
Setiap hidangan mengandungi: 7 gm lemak, 480 Kcal
Bahan-bahannya:
100 ml minyak masak
3 camca besar minyak sapi
Bahan A:
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 cm halia
4 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang
125 gm kacang hijau, buang kulit dan rendan selama 3 jam,tuskan.
1 liter air
125 ml krimer sejat rendah lemak IDEAL
2 camca besar serbuk pati ayam maggi
garam secukup rasa
800 gm beras basmathi, basuh dan tuskan.
daun pudina goreng
kismis goreng
bawang goreng
Cara-cara membuatnya:
Panaskan minyak dan minyak sapi;
Tumis bahan A hingga wangi.
Masukkan kacang hijau dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan air, Susu IDEAL nestle, pati maggi dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih dan masukkan beras.
Masak hingga air kering dan nasi masak.
senduk kedalam pinggan hidangan dan hiaskan.
Hidangkan ketika masih panas.

Soto Berempah Sensasi
image003.jpg

Masa penyediaan dan memasak : 30 minit
Hidangan untuk : 4 orang
Setiap hidangan mengandungi : 9g lemak, 205 Kcal
Bahan-bahannya:
6 cawan air
2 kiub sup bunjut maggi
1 camca besar Stok pekat maggi
1/2 camca teh serbuk kunyit
250gm hirisan daging ayam
300g mee kuning, dicelur
1 cawan taugeh, dibuang ekor dan dicelur
1 tangkai daun saderi, dipotong 1 cm panjang
1 pokok daun bawang, dihiris
1/4 hirisan bawang goreng
3-4 biji ditumbuk halus dan digaul dengan 
2 camca teh kicap cair maggi
Cara-caranya membuatnya:
Masak air hingga mendidih.
Masukkan kiub maggi dan renihkan selama 30 minit
Masukkan stok maggi, serbuk kunyit dan ayam, kacau
Masak selama 5 hingga 10 minit atau sehingga ayam masak.
Semasa dihidangkan, letak mi didalam mangkuk berasingan
Masukkan bahan hias dan tuang sup panas keatas mi.
Hidangkan dengan campuran cili padi. 

Akan Datang.......!!..TuNgGuUu....!

Cipta Rasa Mee..!
mee.jpg

Makanan Laut..!!
msklaut.jpg

Makanan Ringan..!!
mknringan.jpg

Pencuci Mulut..!!
pencuci.jpg

Aneka Daging..!
koreanbbq.gif

curry.gif
Aneka Sup..!

cake.gif
Aneka Cipta Rasa Kek..!!

Pizza Madu Istimewa
image006.jpg

Masa persediaan & memasak: 45 minit
Hidangan untuk: 8 orang
Setiap hidangan mengandungi: 9 gm lemak, 280 Kcal
Bahan untuk doh Piza:
250 gm tepung berprotin tinggi
15 gm yis segera
1 camca teh gula
125 ml air suam
2 camca besar minyak
Bahan lain:
500 gm hirisan daging ayam
1 peket tumisan ayam madu maggi
1/2 cawan sos tomato maggi
1 camca besar oregano
2 labu besar bawang besar, dihiris
1 biji timun, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
150 gm parutan keju mozzarela
Cara-cara membuatnya:
Campurkan bahan doh pizza.
Uli doh hingga lembut dan tidak melekat pada jari.
Letakkan doh pada mangkuk yang telah disapu sedikit minyak dan tutup dengan kain lembab supaya ia naik.
Bila doh telah naik 2 kali ganda, uli lagi selama 5 minit.
Canai doh setebal 1 cm dan terap dengan acuan bulat berukuran 9 cm.
Letak diatas tin pembakar dan cucuk permukaan dengan garpu; ketepikan.
Sementara itu gaul daging ayam dengan tumisan maggi.
Sapukan sos maggi keatas pizza dan tabur oregano.
Susun campuran ayam, letak sayuran diatasnya dan tabur keju mozzarela.
Bakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah C selama 15-20 minit hingga keju cair.
Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan segera.

Rendang Pedas Maggie..
image002.jpg

Masa penyediaan dan memasak : 60 minit
Hidangan untuk : 4 orang
Setiap hidangan mengandungi : 48gm lemak, 660 Kcal
Bahan A:
5 batang serai
1/4 cawan kelapa parut
3 cm lengkuas
2 cm halia
4 ulas bawang putih
Bahan B:
1 cawan santan cair
1 pek rempahan rendang maggi
2 labu bawang besar, dihiris halus
4 camca besar lada kisar
3 camca besar minyak masak
11/2 camca teh serbuk pati daging maggi
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
500 gm daging. dipotong sebesar 3 cm
2 helai daun kunyit, dihiris nipis
cili merah dan daun pudina
Cara-caranya:
Kisar bahan A hingga lumat.
Gaul dan sebatikan bahan A dan bahan B,
Masak hingga mendidih dan masukkan daging.
Masak diatas api yang sederhana sehingga daging empuk dan 
kuah hampir pekat.
Masukkan daun kunyit dan masak hingga kering.
Hias dan hidangkan.

ivydn.gif

image038.gif
mystery5343@2die4.com

Copyright 2003 @ xpoision...All  rigth reserved. Web Site Design By Karina..!!

            Permission  Disable  Function By Xpoision..@@

Please get in touch and let me know what you think of this site. Also feel free to contribute your own tips and recipes.