Selera Nusantara Xpoision
Aneka Cipta Rasa Ikan..

HOME

resepi.gif

mskikan.jpg

                       GULAI  IKAN  BAWAL

Bahan-bahan
Bahan-Bahannya
1 ekor ikan bawal
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
1 cawan santan pekat
4sm lengkuas - dititik
1 batang serai - dititik
Garam secukupnya
Sedikit air limau nipis
Minyak untuk menumis dan menggoreng ikan

Bahan-bahan digiling lumat
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
4 tangkai cili merah
1sm kunyit hidup


Cara
Cara membuatnya
1. -ikan dibersihkan dan digaul bersama garam dan sedikit air limau nipis.
2. -goreng hingga kuning.
3. -panaskan minyak.
4. -tumis bahan-bahan giling hingga wangi.
5. -masukkan daun salam,serai,lengkuas,daun limau purut dan santan.
6. -masak hingga pekat,kemudian masukkan ikan,kacau hingga rata.
7. -masukkan garam,kacau hingga sebati,angkat dan hidangkan.


BOTOK-BOTOK IKAN

 Bahan-bahan

1 ekor ikan tenggiri yang sederhana

2 biji bawang besar

5 biji bawang kecil

5 ulas bawang putih

25 biji lada padi

sedikit belacan

6 biji buah keras

kunyit, halia dan cekur sebesar ibu jari

1 batang serai (dititik)

lengkuas sebesar ibu jari (dititik)

1 sudu makan ketumbar

1/3 sudu makan jintan halus

santan secukupnya dari 3/4 biji kelapa

garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

Siang dan bersihkan ikan. Dipotong sederhana.

Kisar semua bahan kecuali serai dan lengkuas.

Panaskan kuali. Setelah minyak panas, masukkan serai dan lengkuas.

Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.

Masukkan santan, garam dan perasa.

Setelah mendidih masukkan ikan.

 

IKAN BAKAR SUMBAT

 Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung (sederhana besar)

½ biji kelapa parut

daun pisang dan lidi

sedikit minyak

Tumbuk

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

6 tangkai lada kering (direndam dahulu)

1 inci halia

Perasa

garam secukup rasa

gula secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.

Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan.

Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan lidi.

Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi.

 

 

IKAN SUMBAT ISTIMEWA

 Bahan-bahan

8 ekor ikan kembung sederhana besarnya

12 sudu makan cili kisar

sedikit belacan

dua sudu makan air asam jawa pekat

gula secukupnya

garam dan perasa secukupnya

minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Bersihkan ikan dan belah tepinya.

Kesemua bahan-bahan diatas digaul hingga sebati. Rasanya mestilah manis.

Panaskan minyak. Masukkan dua sudu makan cili yang digaul tadi kedalam ikan.

Goreng hingga garing. Setelah habis menggoreng, cili yang lebih ditumis hingga garing.

Selepas itu tuangkan keatas ikan tadi. Enak jika dimakan panas-panas bersama nasi.

 

 

IKAN TIGA RASA ( 1 )

 Bahan-bahan

1 ekor Ikan Kerapu

cili padi - di hiris kasar

1 biji bawang besar - dipotong bulat

3 biji bawang kecil - dirajang

2 ulas bawang utih - dirajang

sedikit oyster sauce, fish sauce

sedikit minyak bijan

1 senduk kecil lemon paste

sedikit daun ketumbar atau daun pudina

sedikit tepung jagung

air dan garam secukupnya

Cara-cara

Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah garing dan diangkat.

Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan.

Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste, dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).

Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.

Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat.

Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.

 

 

IKAN TIGA RASA ( 2 )

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar

Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing
    (terpulang). Toskan minyak. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan


IKAN CENCARU GORENG BERCILI

Bahan-bahannya

4 ekor ikan cencaru yang sederhana besar (dlm 8 inci
panjang X 3 inci lebar tengah-biarkan dgn kulit
sekali)
- belah belakang dari hujung kepala ke ekor - jgn
putus, buang insang dan perut - cuci bersih dan tos.
Gaulkan dan perap 15 minit dengan :
1 sd besar serbuk kunyit
1/2 sd besar garam

Kisar bersama hingga halus:
35 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air

Bahan lain :
1 labu bawang besar - dihiris bulat kasar
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula
2 sd besar asam jawa dibancuh dengan 2/3 cawan air
dari baki2 kisaran cili dalam blender
2 cawan minyak

Cara-caranya

Goreng ikan dengan minyak hingga garing. Angkat dan
tinggalkan 1 cawan minyak lalu tumis bahan kisar
bersama garam - petua cepat garing, hingga garing dan
naik minyak (kira kalu dah jadi cam tahi minyak tu dah
garingla). Masukkan air asam jawa dan kacau lagi
hingga garing, masukkan gula, serbuk perasa (bahan2
perasa ni actually secukup rasa anda-tapi better ada
rasa2 manis2 masam sikit). 

Masukkan bawang dan kacau sekejap hingga gegelang
bercerai  - api jgn besar sangat nanti cepat hangus
pasal ramuan ni takde air added.
Masukkan ikan dan kacau rata dan ratakan ramuan juga
dalam bahagian dalam belakangnya.

Angkat dan hidangkan.

Boleh makan dengan nasi, bubur lambuk, nasi lemak dan
roti canai.
Ikan cencaru boleh digantikan dengan ikan kembung,
ikan selar atau cutlets - ikan tenggiri atau parang
dsb

 

PERIA & IKAN

Bahan-bahannya

Ikan tenggiri  - 
cili api 
kunyit hidup
kelapa  -  (diasingkan pati santannya)
peria  (direndam dgn air garam)
asam keping -  agak-agak 2 atau 3 keping

Cara memasaknya:
1.      Cili api& kunyit di tumbuk dan dilumurkan/digaulkan  dengan ikan 

         (yg telah dibersihkan ).
2.      Masukan santan  dan kacau di atas api . masukan asam keping.
3.      Api jgn kuat biar perlahan dahulu, takut nanti pecah minyak. Bila
       
dah menggelegak masukkan peria yang dah dibersihkan.
4.      Jgn lupa masukan pati santan bila peria dah agak agak dah nak

         masak.
5.      Last sekali rasakan asam dan garamnya.


IKAN TENGGIRI BERLADA


Bahan2 :
· 2 keping ikan tenggiri (digoreng)
· 10 biji cili merah (dikisar)
· 5 ulas bawang merah (dikisar)
· 5 ulas bawang putih (dikisar)
· 5 kuntum bunga lawang
· sedikit halia, minyak untuk menumis dan
· sedikit gula dan garam.

Cara Membuatnya :
1. Tumiskan bahan dikisar tadi.
2. Kemudian masukkan cili dan kacau sentiasa.
3. Masukkan Ikan, bunga lawang, gula dan garam
untuk menambah rasa.
4. Hias sebelum dihidangkan Dengan nasi putih


IKAN JENAHAK MASAK LEMAK JINTAN


Bahan2:
· 600 gram ikan jenahak
· 5 keping asam gelugur
· 2 cawan santan kelapa
· 15 gram jintan manis
· 15 jintan putih
· 4 sudu makan biji sawi
· 5 biji kacang bendi
· garam
· gula
· serbuk perasa secukup rasa

Bahan2 yang Digiling:
· 3 tangkai cili kering
· 10 gram halia
· 10 gram kunyit hidup 10 gram bawang putih
· 10 gram bawang merah

Cara Membuatnya :
1. Ikan digoreng hingga masak tetapi tidak
    terlalu kering.
2. Tumiskan bahan giling bersama jintan
    manis,putih, Biji sawi hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sedikit air asam gelugur,
    biar mendidih.
4. Masukkan santan, Kacau hingga masak. Bila
    mendidih, masukkan bendi diikuti dengan cili
    kering yang digoreng.
5. Kemudian Masukkan ikan, garam, gula dan serbuk
    perasa secukupnya.
6. Bila dah masak...hidangkan dengan Nasi putih...
    hemmm...mau meleleh air liur tau.


IKAN BAWAL SWEET SOUR


Bahannya
1 ekor ikan bawal hitam, di bersihkan, di kelar dan di sapu dengan garam dan kunyit serta sedikit cili powder.

Bahan A
1 sudu makan cili kering yang telah di kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomoto

Bahan B
1 biji bawang merah di hiris kasar (atau pun di belah 4@6)
1 biji tomoto di hiris kasar (atau pun di belah 4@6)

Bahan C
1 sudu makan gula (di syorkan gula melaka )
1/2 sudu teh stok ikan bilis maggi (jika suka)
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara
Deep fry ikan bawal sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat, toskan dan ketepikan. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, masukkan bahan A, kacau hingga separa masak, masukkan bahan C dan biarkan mendidih. Selepas itu masukan bahan B dan ikan bawal.
Hiaskan pinggan bujur dengan daun salad, dan taburkan dengan daun bawang dan coriander leaves.

 

IKAN MASAK ASAM

Bahan2 A:
· Ikan boleh dipilih (ikan terubuk atau ikan kembong)
· 1 camca teh garam
· 1 in kunyit hidup, ditumbuk

Bahan2 B:
· 3 biji cili merah/cili kering, dibuang biji
· 1 inci halia
· 3 ulas bawang merah dan bawang putih (kesemua
bahan-bahan diatas hendaklah ditumbuk halus)
· Belacan (bagi yang suka dan tidak allergi)

Bahan2 C:
· Daun kesum
· Asam Jawa
· Sedikit gula (mengikut rasa dan kalau mahu)
· 1 camca teh garam
· Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit yang
    ditumbuk tadi.
2. Panaskan kuali atau periok (saya suka masak
    dalam kuali) dengan minyak dan tumiskan bahan-
    bahan (B) sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan ikan dan sedikit air asam biarkan
    sehingga mendidih, masukkan daun kesum
    kemudian masukkan garam, gula dan tambah air
    dan air asam biarkan mendidih diatas api yang
    perlahan dan setelah masak hidangkanlah.
4. Pasti makan hingga berpeluh........

 

 

IKAN BAKAR BERLADA


Bahan-bahannya
Ikan pari dua ekor sederhana besar
lada kering 1/2 mangkuk sedang
bawang besar 11/2 labu
bawang putih 8 biji
air asam jawa
garam, gula 3 sb & ajinomoto
serai titik
daun pisang

Cara-caranya:

Bawang-bawang & lada kering blend halus. Tumis.

Sementara itu titikkan serai, gula, garam secukupnya masukkan dlm tumisan. Tumis hingga garing, masukkan air asam jawa.

Masak hingga pekat - macam sambal tumis.

Letakkan daun pisang dlm kuali dan curahkan sebahagian sambal yang siap tadi.
Seterusnya ikan dan akhir sekali curahkan baki sambal di atas ikan...bakar hingga masak.

 

KARI IKAN MASIN

Bahan-bahan
300 gm ikan asin - dikerat 3 sm tebal.
400 gm terung bulat (warna ungu).
¼ s/teh halba
2 tangkai daun kari
1 bgks rempah kari ikan
2 s/teh asam jawa, garam & gula secukup rasa
½ s/teh jintan putih
sedikit serbuk kunyit
Dikisar hingga halus
30 tangkai lada kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 s/bsr kelapa parut
Bahan-bahan untuk ditumis
1 tgk daun kari
1 biji bawang besar
¼ s/teh biji sawi
2 s/bsr minyak

Cara membuatnya
Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah periuk: ikan asin, terung, halba, daun kari, jintan putih, serbuk kunyit, rempah kisar, air asam jawa dan garam. Tutup dan biarkan mendidih. Setelah airnya mendidih, dikacau dan kecilkan apinya. Direnih sehingga terungnya empuk, masukkan bahan tumis, ditutup anggaran 1 minit supaya rasa rempahnya menyerap

 

MASAK LEMAK GULAI IKAN KELI (MASAKAN NOGORI)

Bahan-bahan :
1. 6 ekor ikan sembilang ( kalau nak lagi best bakar/panggang dulu )
2. 15 biji cili api
3. kunyit hidup (sebesar ibu jari)
4. asam keping (6 ulas)
5. santan kelapa (1 biji)

Cara :
Bahan 2 dan 3 ditumbuk lumat, dan satukan kesemua bahan dalam satu periuk.
Masak didalam api yang sederhana besar dan bila santan dah mula mengelegak, kacau santan sahaja (diatasnya) sehingga naik tahi minyak. Rasa garam secukup rasa dan kalau suka boleh taruh tempoyak yang telah diasamkan.

selamat mencuba.. dan pasti menjilat jari

 

IKAN SIAKAP KUKUS

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur
    garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan
    yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan
    daun sup tadi dan perah limau diatasnya.


IKAN MASAK BERLADA

Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit.
    Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan
    bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi.
    Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah
    yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar
    sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul
    hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang
    kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum
    dihidangkan.


IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS

Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan a dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang
    putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai
    sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga
    naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan
    perasa. Kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas
    ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit
    minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.

 

IKAN PARI LEMAS

Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula

Bahan C:
10 biji limau kasturi

Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit

 

KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan
    pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit
    air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan
    santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga
    separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan
    serbuk perasa secukup rasa.

 

ASAM PEDAS TUMIS ( MELAKA )

Bahan-bahan:
ikan serkut / tenggiri / siakap / kembung / pari / sembilang / keli; tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau) suka ikan parang rasanya lebih sedap.
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblender(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.

Cara memasak:
1.   Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2.   kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh
      lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3.   Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4.   Setelah minyak panas masukkan halba (lebih
      kurang 4/5 biji) tak boleh banyak nanti pahit.
      Halba untuk naik bau wanginya.
5.   Masukkan bawang merah, putih, belacan, kunyit
      yang telah ditumbuk tadi. Kacau.
6.   Masukkan cili yang telah diblender(7/8 sudu
      besar - tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)
      kacau sebati; masukkan kerisik.
7.   Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing
      (macam buat sambal) atau cili berubah warna
      sedikit merah hitam.
8.   Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air
      biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai
      ngan ikan.
9.   Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan. Kemudian masukkan halia yang
      telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat) atau
      dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.

Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap

 

GULAI NENAS IKAN KERING ORANG UTARA

Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis

Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama
    dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan
    api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan
    talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai
    tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang
    tersebut.( Rasa dulu )
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam
    kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak
    tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.

 

 

ASAM PEDAS ALA MINANG

Bahan-bahan :
2 ekor ikan tongkol saiz kecil
(tak kisahlah ikan ape asal yang tak mudah hancur)
5 biji bawang merah
5 batang cili hidup
1/2 inci halia
1 biji tomato (nak masam tambah lagi)
3 keping asam keping
sehelai daun kunyit

Cara:
Blendkan bawang, cili dan halia
Masukkan ikan, air, garam dan kacau rata.
Masukkan asam keping dan daun kunyit
Masak sehingga mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan tomato
kemudian hidangkan.

 

ASAM PEDAS ATAU KUAH LADA

(ikan pari/tenggiri atau yang seangkatan dengannya)

Mula-mula kelapa tua tu isinya ( bukan kelapa yang diparut ) dibakar. Selepas itu dibuang yang hitam-hitam. Ambil yang putih sahaja. Pastikan isinya lembut dan dipotongkan kecil-kecil ( lupa pula... bukannya sampai sebiji. anggaran dalam lebar 2 jari...). Kemudian diblendkan dengan:-
cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
lada hitam...(kalau yang suka pedas) bukan serbuk ....

3/4 cawan air
air asam jawa / asam keping secukupnye.....
garam
serbuk perasa....

untuk hiasan:-
bendi
daun kesum
bunga kantan
buah tomato kalau suka....

cara:-
B
ersihkan ikan dan ketepikan. Pijarkan minyak didalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.... Masukkan air. Kemudian air asam atau asam keping ( tapi cara bapa saya dia suka guna asam keping ).

Tunggu hingga kuah menggelegak atau didih dan masukkan ikan. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar ikan masak dan kuahnya akan menjadi pekat.

Mamasukkan daun kesum dan bunga kantan.

Akhir sekali masukkan bendi.

Rasalah kuahnya cukup tak perisanya dan dihidangkan.

*nak tau kelapa tu apa kegunaan nye... untuk buatkan kuah asam pedas atau kuah lada anda akan jadi lebih lemak dan pekat. Cubalah.

Ini resepi saya dapat dari bapa saya.

 

 

MASAK IKAN KICAP

Bahan-bahannya

2 potong ikan tenggiri / parang     )di goreng
2 biji kentang - potong 4               )1/2 masak
3 biji bawang merah kecil    )
2 ulas bawang putih            ) di hiris
1/2 biji bawang besar
sedikit halia                         )
2 biji lada hidup merah - di belah dua
sebatang serai di ketuk
1/2  cawan santan
sedikit bunga lawang, kayu manis dan cengkih

Cara-caranya
1. Tumiskan bahan-bahan tumis. Bila naik wangi, masukkan bahan-  

    bahan yg dihiris tadi. Kicap....masukkan agak-agak satu senduk kicap

    masin selepas menumis bahan-bahan hirisan.
2. Bila naik bau, masukkan serai, lada merah dan santan. Tambahkan

    sedikit air
3. Bila kuah dah agak panas, masukkan ikan dan kentang.
4. Masak dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat.

 

 

KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahanya: 
1 keping kepala ikan tenggiri atau kurau 
1 labu bawang besar - dihiris 
3 sm. halia - ditumbuk 
1 ulas bawang putih - ditumbuk 
2 biji tomato - dibelah 4 
10 biji kacang bendi - dipotong 2 dan goreng 
Air masam jawa secukupnya 
1 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh serbuk jeera (jintan manis) 
25 gm. serbuk kari ikan 
1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan secukup rasa 
2 biji cili hijau  
 
Cara-membuatnya:
Sediakan 3 cawan santan dari 1 biji kelapa. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia tumbuk, tomato, kunyit, serbuk jeera, garam, air asam jawa, cili hijau, daun kari dan serbuk kari ikan ke dalam santan. Kacau diatas api hingga elok mendidih. Masukkan kepala ikan dan biarkan mendidih, kemudian perlahankan api. Bila kuah beku sedikit masukkan bendi dan angkat dari api.  

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang dan daun kari lalu tuangkan kedalam kari ikan yang siap masak tadi. 
 

KARI/GULAI PENANG

Bahan-bahannya
3 ulas bawang kecik (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
Herba(halba) campur (biji sawi, jintan putih, jintan manis)
Rempah ikan (brand apa pun tak kisah)
Ikan (kembung, bawal hitam)
2 biji tomato
4 @ 5 biji bendi
1 @ 2 cili hijau
Daun kari (10 helai atau lebih)
Air asam
Santan (cair & pekat)
Garam

Cara-caranya
Panaskan kuali dgn minyak. Tumis bawang kecik, bawang putih, herba campur dan daun kari. Tumis sampai naik bau, masukkan rempah ikan dan sedikit air.
Kacau jgn bagi melekat kat kuali. Lepas tu masukkan air asam dan sedikit santan cair. Biarkan mendidih kemudian masukkan ikan. Then baru masukkan santan pekat tadi pas tu taruk bendi dan cili hijau.  Garam secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan tomato.

 

 

PAIS IKAN

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung (seekor untuk seorang makan) atau 4 cawan fresh udang geragau atau 4 cawan fresh ikan bilis yang dibuang tulangnya
10 biji bawang merah, dimayang halus
1 labu bawang besar dimayang halus
8 biji bawang putih, dimayang halus
2 inci halia, dimayang halus dan panjang
5 biji cili padi, dipotong halus (alternatively boleh guna cili merah biasa)
4 helai daun kunyit, dimayang halus
4 helai daun limau purut, dimayang halus
1 sudu teh garam (kalau suka masin, tambahlah lagi)
2 sudu teh gula pasir halus
Asam jawa sebesar ibu jari, bancuh dengan tiga suku cawan air ATAU air drpd 6 biji limau kasturi/3 biji limau nipis/2 biji lemon
Daun pisang untuk membungkus, bersih dan layurkan ( kalau duduk dalam town, tak jumpa daun pisang, guna aluminium foil pun boleh but aroma is not ummph )
Air untuk mengukus ( kalau guna teknik mengukus, kalau guna teknik bakar, tak payah air ).
Toothpick / lidi / mancis yang dibuang sulphurnya dan ditajamkan satu hujungnya/stapler

Cara
1. Bersihkan ikan/udang.
2. Didihkan air untuk mengukus (kalau guna teknik mengukus)
3. Dalam satu bekas, satukan semua bahan-bahan nos. 2-11, kacau rata

    hingga sebati (lebih sedap kalau ramas pakai tangan tapi yang

    sensitive tu, akan pijar
   - Caution : Jangan pegang baby or remove your contact lenses, after

      that )
    Kalau gunakan udang atau ikan bilis, gaulkan sekali dengan bahan-

    bahan diatas. Kalau ikan, jangan dulu. Follow step no. 4
4. Potong daun pisang anggaran satu kaki X satu kaki.
5. Letakkan satu/ dua sudu makan ramuan atas daun  pisang, ratakan,

    letakkan ikan kembung, dan satu / dua sudu makan atak ikan, ratakan.
    Bungkus/gulung daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya dan

    sematkan dengan lidi/stapler kan.
6. Kalau guna udang/ikan bilis, bahagikan ramuan kepada 4 dan bungkus

    satu persatu.
7. Masukkan bungkusan pais tersebut kedalam kukusan dan kukus

    selama 20 minit.
8. Kalau tidak guna teknik mengukus, letakkan kedalam kuali non-stick

    dan masak selama 20 minit dengan api perlahan.
9. Untuk makan, sila buka (jauhkan muka anda, nanti melecur pulak) dan

    makan dengan nasi.

 

PAJERI NENAS IKAN MASIN

 Bahan A:

3 keping isi ikan masin kurau - dipotong dadu, cuci dan toskan

Sedikit tepung jagung

 

Bahan B:

1 biji nenas yang kecil - kupas dan buangkan empulurnya, cuci dan potong dadu

6 ulas bawang merah - dikisar

3 ulas bawang putih - dikisar

1 cm halia - dikisar

2 biji buah keras - dikisar

1/4 cawan cuka

1/4 cawan cili kisar

1/4 cawan gula

1/4 minyak masak

1 biji bawang nesar - dibelah lapan

2 tangkai cili merah - dibelah dua

2 tangkai cili hijau - dibelah dua

1 besar rempah kari

1 sudu kerisik

 

Cara Menyediakannya:

1. Gaulkan ikan kering dengan tepung jagung dan goreng sehingga

    sederhana garing, ketepikan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga 

    wangi.

3. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kerisik , gula dan cuka, kacau

    rata.

4. Masukkan nenas, biarkan mendidih masukkan cili-cili yang dibelah,

    bawang putih dan bawang besar biarkan layu. Sebelum diangkat

    masukkan ikan kering.

 

 

IKAN KUKUS

1 Ikan Siakap/kerapu/senangin/ 2 ekor kembong besar

Bahan A
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi (berapa banyak ikut sukahati jika suka pedas letak lebih)
1 sudu besar Taucu (kalau nak masam tambah lagi)
Sedikit lada hitam atau lada sulah (samada biji ditumbuk atau serbuk-mengikut kesukaan)
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai

hiasan (ikut suka)
karot Bunga kobis
Bawang besar
Baby Corn
(seharusnya air di dalam
loyang mestilah separuh loyang penuhnya)
serbuk lada putih ditabur (ikut suka)
garam secukup rasa

Cara-caranya
Masakkan air dalam periuk kukus dan panaskan.
Ikan yang telah siap dicuci disalutkan sedikit garam dan diletakkan di dalam loyang untuk dimasukkan ke dalam periuk kukus.
Tumbuk bahan-bahan A kecuali taucu, serai dan cili api dan salutkan pada ikan, masukkan juga ke dalam perut dan kepada ikan utk jadikan ikan lebih berperisa. Masukkan taucu ke dalam perut ikan, kepala dan pd badan ikan.
Taburkan lada hitam yang ditumbuk atau lada sulah, mengikut kepedasan rempah yang diinginkan. Tuang sos tiram pd ikan. Air biar separuh loyang-sesuaikan dgn ikan, kalau kecil masukkan sikit aje. cili api dan serai diketuk dan masukkan ke dalam loyang.
kalau sukakan kuahnya kuning sedikit masukkan secubit kuning serbuk.

Masaklah selama 15 - 25 minit menggunakan periuk kukus, selepas 15-20 minit masukkan bahan hiasa yang disukai, dan biarkan 5 minit, tutup api dan hidangkan.
( kalau nak masak lebih hanya tambahkan bahan-bahannya )

 

MASAK KICAP STYLE JAWA

Bahan-bahannya

3 keping ikan tenggiri / 1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar - belah empat
2 biji cili hidup merah
1/2 in halia
1 serai - di ketuk
2 senduk kicap masin
1/2 mangkuk santan pekat
rempah tumis e.g. kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang

Cara-caranya
1. Ikan / ayam di goreng setengah masak - angkat dan letak tepi
2. Menggunakan minyak baru, tumis rempah tumis. Bila naik bau tumis 

    bawang dan halia yg di tumbuk. Bila naik bau, masukkan serai dan

    lada hidup. (kalau tak nak pedas, lada masuk kemudian)
3. Masukkan kicap. Kacau rata
4. Masukkan ayam / ikan yg di goreng tadi
5. Balik-balikkan supaya rata. Masukkan santan
6. Biar atas api kecil hingga mendidih. ( boleh masuk cili waktu ini kalau

    tak mau pedas sangat)


BOTOK-BOTOK

Bahan-bahannya

Ikan tenggiri dipotong selebar tapak tangan ( kalau nak rempahnya mesra, guna ikan yang tak berapa fresh )
5 Bawang merah, 4 bawang putih dan sedikit halia ( 1 cm ) ditumbuk halus
Paste kari ( suku / setengah peket rempah kari Adabi )
Gula, garam, air asam jawa ( ikut taste ) pekat
Satu sudu makan kerisik
Ulam ( pucuk ubi, daun kunyit, bebuas, pucuk pudding yang boleh dimakan ), daun kaduk - semua dihiris ( tak perlu halus )
Daun pisang
Air untuk kukusan

Cara-caranya
1. Layur dan bersihkan daun pisang - untuk satu serving ikan perlukan 12

    X 12 inches (boleh lapik dua)
2. Letakkan satu layer ulam atas daun pisang
3. Letakkan ikan yang telah dilumur dengan bahan tumbuk dan paste

    kari, gula dan garam dan kerisik
4. Letakkan satu layer lagi ulaman
5. Curahkan air asam jawa
6. Bungkus, ikat dengan tali raffia dan perapkan 2 jam ( atau semalaman

    dalam fridge )
7. Kukus sekurang kurangnya 2 jam ( kalau lebih lagi bagus )
8. Hidang dengan nasi yang panas

Note: Botok botok boleh tahan dua tiga hari, keep reheating bila nak makan. ( kukuskan )

 

FRIED FISH WITH PINEAPPLES
Bahan-bahannya

Seeekor ikan kerapu ( saiz sederhana )
1 biji Nenas
1 biji bawang dihiris
2 biji bawang putih dicincang
1 biji halia
1 biji telur diambil putihnya sahaja
Sedikit tepung beras
Minyak untuk menumis
1 camca the serbuk cili
30ml Sour plum sauce
30ml Tomato sauce

Cara Penyediaan :
( A ) Ikan
1. Bersihkan ikan dan keluarkan tulang. Potong ikan menjadi keping kecil

    dan 'marinade' selama lebih kurang 15 minit.
2. Celupkan ikan ke dalam putih telur dan tepung beras.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gereng keping ikan

    sehingga menjadi keemasan. Selepas masak toskan.

( B ) Sos
1. Panaskan 2 camca minyak masak. Campurkan bawang kering,

    bawang putih dan halia. Masak sehingga berbau harum.
2. Campurkan 'seasoning ingredients' dan kiub nenas.
    Kacau sehingga sebati dan biarkan ia mendidih selamat 1 minit.
3. Keluarkan dan tuang sos keatas kepingan ikan.

Hidangkan semasa panas.

 

 

SIAKAP SOS TIRAM

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap yang sedang
3 ulas bawang merah- dikisar
½ sudu besar bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis
1 sudu kecil lada sula
1 biji telur seri murni
½ cawan tepung sagu
garam secukup rasa
Daun salad sebagai hiasan

Sosnya:
2 batang lada merah- dikisar halus
½ sudu kecil bawang putih
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar air limau kasturi
1 sudu besar gula pasir

Cara-caranya:
Ikan siakap dibersihkan, dibelah seperti "fillet". Kemudian isi ikan, dipotong anggaran 1 ½ cm. Kepala ikan dan tulangnya jangan dibuang, ambil sedikit tepung sagu, gaul kepala dan tulangnya hingga rata, goreng hingga garing.

Gaulkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, sos tiram, air limau nipis, lada sula dan garam hingga rata, masukkan isi ikan dan kacau hingga rata.

Kemudian isi ikan dcelupkan ke dalam telur yang telah dipukul, masukkan tepung sagu, gaul hingga rata. Kemudian digoreng hingga garing.

Hiaskan isi ikan di atas tulang ikan tadi, hiaskan dengan daun salad.

Satukan bahan-bahan sos, kacau rata dan masak sebentar. Hidangkan dengan ikan di atas.

 

 

SUP BEBOLA IKAN

Bahan-bahannya :
750 ml air
1 paket sup kincam dan cendawan
10 biji bebola ikan
5 biji cendawan kering (dihiris)
3 sudu besar minyak jagung
1 keping tauhu kering
2 tangkai daun bawang ]
1 tangkai daun kucai ] dihiris
1 biji cili merah ]

Caranya :
Panaskan minyak jagung dalam periuk. Masukkan air, sup kincam dan cendawan.

Bila mendidih, masukkan bebola ikan, cendawan dan tauhu kering. Biarkan selama tiga minit.

Taburkan daun bawang dan daun kucai. Tutupkan api. Hiaskan dengan cili merah bila dihidangkan.

 

 

SERUNDENG IKAN PEDAS 
 
Ukuran porsi ( portion ) : 8 orang

Bahan-bahan
750 gram daging ikan kakap
1 sendok makan air asam
150 cc santan
1 sendok teh garam
1/2 sendok teh gula pasir
1 sendok teh bumbu kari bubuk
150 gram kacang tanah, goreng hingga kering
10 lembar daun jeruk purut, iris halus
5 batang sere, ambil bagian putihnya, iris halus
1 sendok makan ketumbar
5 buah cabai merah
7 buah cabai rawit
2 siung bawang putih

Cara membuat
Lumuri daging ikan kakap dengan air asam hingga rata, lalu biarkan
Selama 15 menit. Kukus ikan kakap tadi hingga matang, angkat, lalu suwir-suwir dagingnya dan buang durinya, sisihkan. Haluskan ketumbar, cabai merah, cabai rawit, dan bawang putih, lalu sisihkan. Campur santan, garam, gula, bumbu kari bubuk, bumbu yang telah dihaluskan, dan daging ikan, lalu masak di atas api kecil sambil sekali-sekali diaduk hingga santan habis.
Kecilkan api, masak terus hingga daging ikan kering, lalu masukkan kacang tanah, daun jeruk purut, dan sere, aduk rata, angkat, sajikan.

 

IKAN BUMBU MERAH

Yang perlu dipersiapkan:
- Ikan lele yang kecil" sebesar telunjuk jari, kalaupun nggak ada, pakai aja ikan "patak" dari Philipina yang sudah di asap,.. atau sembarang
ikan pokoknya jangan terlalu besar... jumlahnya.. terserah yang mau masak.
-Cabe merah -Bawang putih, bawang merah
-Kacang kemiri
-Jahe (akarnya )
-Tomat
-Daun salam, Laos, Serai
-Gula jawa

 

Cara memasak:
-Cabe merah,.. dibersihkan bijinya (kalau tak ingin pedas sekali), lalu diiris lembut.
-Kacang kemiri, lombok merah yang sudah diiris.. ditumbuk hingga halus lalu akar jahe dan laos dipukul hingga pipih.
-Kemudian panaskan minyak di atas wajan, kemudian masukkan kacang kemiri dan lombok merah yang sudah ditumbuk halus, daun salam, laos, serai jahe.
-Tumbuk.. bawang merah dan putih .. dan sebelum dimasukkan kedalam wajan... make sure.. bau lombok yang ditumis tadi sudah tajam
-Tumis semuanya.. hingga bau "harum", lalu masukkan tomat yang sudah diiris tipis. Setelah agak berair dikit... tambahkan air mendidih kedalam wajan tadi. -as soon as semuanya mendidih... masukkan ikan lele/patak kedalam wajan, dan tambahkan gula jawa/garam sesuai selera anda.
Sebelum dihidangkan.. ambil daun salam, laos, jahe dan serai dari masakan tadi.
Beberapa option: Ikan boleh di goreng dulu hingga agak kering...
(penulis lebih suka yang ini), Air mendidih boleh diganti santan encer (penulis nggak suka option ini.. karena nggak bisa awet masakannya, alias cepet
basi) Makan siang anda akan lebih nikmat bila hidangan ini dimakan bersama bubur yang hangat.

LAOS- LENGKUAS
GULA JAWA - gula merah
kemiri - buah keras
jahe- halia

 

IKAN BUMBU TAUCO (INDONESIAN WAY)

Bahan:
1 ekor ikan (tongkol, tenggiri, bandeng, terserah aja pokoknya ikan deh..)
bawang merah 3 butir
bawang putih 2 siung
lombok merah 5 buah
lombok/cili hijau 5 buah
blimbing sayur/buluh 3 buah
daun salam 1 lembar,
serai 1 batang
lengkuas sepotong
jahe sepotong
tauco 2 sendok makan,
minyak goreng dan garam seperlunya.

Cara:

Bersihkan ikan, potong-potong, beri garam dan air jeruk nipis, biarkan sebentar sampai meresap. Goreng ikan dlm minyak panas (dg sikit low cholesterol oil) sampai agak kuning. Semua bumbu dirajang, kecuali
salam.
Serai, lengkuas dan jahe dimemarkan. Tumis bumbu dlm sedikit minyak sampai harum, beri air secukupnya untuk kuahnya (kira-kira 2 cups), setelah mendidih masukkan tauco dan ikan. Kemudian masukkan belimbing yg sudah dibelah. Masak sampai bumbu meresap. Bubuhi garam seperlunya. Angkat dan hidangkan.
NB: Belimbing dapat diganti dg tomat, kalau tidak ada.

Ikan selalu jadi favorit saya, karena rendah kholesterol, jenis protein yg baik (second only to soya) dan mengandung essential fatty acid to lower
down bad blood cholesterol.

Selamat mencoba deh..

Dan dijamin sedaaaap. Nyem nyem nyemmmmm...

 

 

GULAI KEPALA IKAN KAKAP (UNTUK 4 ORANG)

Bahan-bahan
850 gram kepala ikan kakap, potong jadi 2
10 lembar daun salam
1 batang sere, memarkan
1 lembar daun pandan, sobek-sobek, ikat
750 cc santan
2 sendok makan kelapa parut, sangrai, tumbuk halus
3 sendok makan minyak
5 buah belimbing sayur, belah jadi 2
1 sendok makan air jeruk nipis
2 sendok teh garam
15 buah cabai merah
1 cm kunyit, cincang
1 cm jahe, cincang
7 siung bawang merah
3 siung bawang putih
1 sendok makan ketumbar, sangrai
1/2 sendok teh jinten, sangrai
1/4 sendok teh adas manis, sangrai
1/2 sendok teh merica bubuk
1 sendok makan asam

Cara membuat
Lumuri kepala ikan kakap dengan air jeruk nipis dan 1/2 resep garam
Hingga rata, biarkan 1/2 jam, tiriskan, lalu lumuri dengan kelapa tumbuk
Hingga rata, sisihkan. Haluskan cabai merah, kunyit, jahe, bawang merah, bawang putih, ketumbar, jinten, adas manis, merica bubuk, asam, dan 1/2 resep garam. Panaskan minyak, tumis bumbu yang telah dihaluskan, sere, dan daun pandan hingga harum, lalu tuangi santan, aduk rata, didihkan. Masukkan daun salam, belimbing sayur, dan kepala ikan kakap serta kelapa tumbuk, aduk rata, lalu masak dengan api sedang sampai seluruhnya matang dan kuah agak berminyak sambil sekali-sekali diaduk, angkat.

 

ACAR KUNING TENGIRI

Ukuran porsi ( portion ): 5 orang

Bahan-bahan
500 gram ikan tengiri, bersihkan, potong jadi 8
10 siung bawang merah, kecil dan utuh
10 buah cabai rawit
3 buah cabai merah, potong bulat
2 siung bawang putih
1/2 sendok teh merica bubuk
2 cm jahe, cincang
5 buah kemiri
2 cm kunyit, cincang
1 sendok makan garam
1 batang sere, memarkan
200 cc air
1 sendok teh gula pasir
1 sendok teh cuka

Cara membuat
Goreng ikan tengiri hingga matang, angkat, tiriskan.
Haluskan bawang putih, merica bubuk, jahe, kemiri, kunyit, dan garam, lalu tumis hingga harum.
Tambahkan bawang merah, cabai rawit, cabai merah, sere, gula, cuka, dan air, aduk rata, didihkan.
Masukkan ikan tengiri yang telah digoreng, aduk rata, masak dengan api kecil sampai kuah agak mengental dan meresap, angkat.



siung- biji
cabai rawit - cili api/padi
cabai - cili
merica bubuk - serbuk lada putih/hitam
jahe- halia
kemiri - buah keras - ini saya TEKA sebab masakan indon banyak guna
buah keras
sere-serai
tiriskan - toskan.

 

 

SIAKAP STEAM

Bahan-bahannya
1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan isi perut.
pepper
0.5" halia dipotong halus
1 biji Bawang besar potong bulat
6 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap cair
Daun bawang dipotong panjang sikit
garam
6/7 sudu besar air ( for kuah) unless nak berkuah, bubuh lebih sikit dan kicap lebih sikit
4/5 Asam makan bulat yang dipekat , selalu dijual dekat tempat titbits.
kalau tak nak pun takpa. Ganti asam jawa sikit aje.Anyway Nanti balik rumah cari nama packet tu.

Cara-caranya

Periuk kukus siapkan masak air. Bubuh ikan yang dilumur garam dan pepper dalam pinggan besar. Tuang kicap cair dan air. Letak halia atas ikan.
Tabur bawang besar. letak asam kelilikng ikan. Tabur daun bawang.
Sementara tu tuang 2/3 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih kemudian tuang bawang putih bersama dengan minyak yang panas tu atas ikan. Kemudian bubuh dalam periuk kukus & tutup. Kalau air tak masak lagi selalunya saya biar 45mins plus ikan habis masak.so around 30mins if air dah mendidih.

ivydn.gif