Selera Nusantara Xpoision
Aneka Cipta Rasa Ayam

HOME

                  

AYAM DADU MASAK BIJAN

 

Bahan- bahannya

 

Ayam dadu (dibuat daripada kacang soya , serbuk perasa dan tepung) digoreng
Minyak bijan
Jus halia
Lada sulah
Cendawan hitam (potong kecil)
Halia (Hiris)
Tepung jagung
Sedikit air
2 sudu &nsbp;  kicap pekat
sos cendawan
sayur sadri
lobak merah (potong tipis)
minyak, gula, secukup rasa

Cara Cara

1) Panaskan minyak bijan dan tumis halia.
2) Masukkan daun sadri, lobak merah & cendawan hitam.
Tuang sedikit air.
3) Masukkan kicap pekat, jus halia, lada sulah, gula dan sos cendawan.
4) Tuang sedikit tepung jagung yang dicampur sedikit air.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng.
Gaul rata.

 

RENDANG CILI PADI ITIK/AYAM NEGERI SEMBILAN

Bahan-bahan
2 biji kelapa diparut untuk santannya
1 ekor itik/ayam dipotong 18

Bahan-bahan yang perlu dikisar:
15 ulas bawang merah
20 ulas bawang putih
2 1/2 inci hali
3 inci kunyit hidup
30 biji cili padi
2 inci lengkuas
10 batang serai

Hiasan
4 helai daun limau purut sebagai aromanya
4 helai daun kunyit sebagai penyerinya
1 biji kelapa dibuat kerisik untuk dimasukkan ke dalam rendang

Cara-cara
Masukkan itik/ayam ke dalam kuali diikuti pula dengan bahan-bahan yang telah dikisar bersa-sama. Kemudian masakkan selama 30 minit untuk sebatikannya. Selepas itu, masukkan santan pekat dan apabila hampir masak, masukkan kerisik sehingga rendang menjadi basah-basah kering. Kemudian taburkan hiasan daun limau purut berserta dengan daun kunyit yang telah dihirs halus untuk aromanya

 AYAM GORENG OPOR

Ayam goreng yang ini tentu saja gurih karena berbumbu opor. Di samping digoreng, ayam ini bisa juga dipanggang di atas bara api.

Bahan:

1 ekor (1,1 kg) ayam buras, potong 8 bagian 
250 ml santan dari 1 butir kelapa kupas parut 
Minyak untuk menggoreng 

 

Bumbu, haluskan: 

2 sdt ketumbar sangrai 
½ sdt jintan sangrai 
3 butir kemiri sangrai 
5 butir bawang merah 
3 siung bawang putih 
1 cm kunyit sangrai 
1 sdt garam 
1 sdt gula pasir 
1 sdt asam Jawa 

 

Pelaksanaan :

Lumuri potongan ayam dengan bumbu halus hingga rata. 

Taruh dalam wajan, jerangkan di atas api sedang hingga berair. Tuangi santan, aduk-aduk hingga mendidih. Masak hingga ayam lunak dan santan mengering. Angkat

Goreng ayam dalam minyak yang panas di atas api besar hingga berwarna kuning kecokelatan. Angkat, tiriskan

 

 SOTO AYAM
 

Utk soto nasi impit, rebus ketupat segera
Utk. mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut

Bahan kuah:
2 bks sup bunjut / 3 sudu rempah sup
1 btg kayu manis
5 cawan air rebusan ayam
bhgn tulang ayam yg direbus
2 ulas bwg putih dikisar
4 ulas bwg merah dikisar
minyak masak utk tumis
garam secukup rasa

Bahan hiasan:
ayam rebus (di lerai)
daun sup
taugeh
kacang tanah goreng
bawang goreng

Cara masak kuahnya:
1. panaskan minyak
2. goreng kayu manis dan bunga lawang hingga wangi
3. masukkan bahan dikisar dan masak hingga terbit minga
4. masukkan sup bunjut atau rempah sup,
5. masukkan air rebusan dan bhgn tulang ayam, kacau seketika dan biarkan sehingga mendidih
6. tambahkan garam secukup rasa

utk sambal kicap:
5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar
1 sudu gula pasir ] kesemua
1 ulas bwg putih } bahan dan
½ cwn kicap masin ] cukupkan
air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya

hidangkan bersama bahan hiasan.

 

KUAH SOTO (AYAM/DAGING)
 

½ ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik dalam air rebusan.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk tumis
garam

caranya:
1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak). Blend halus.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus.
3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.
4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air ditambah sekiranya nampak pekat.
5. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler

 

AYAM KUKUS BERSOS OYSTER

 

Bahan-bahannya:-

½ ekor ayam (dibersihkan - buang kulitnya & dipotong kecil)

halia muda sebesar ibu jari (dihiris)

3 batang serai - (diketuk)

oyster sauce - lebih kurang 3 sudu besar

kicap masin & manis - agak2lah yer

sedikit gula

 

Cara-caranya

Senang je - gaulkan semua bahan2 nie, simpanlah lebih kurang 10 minit -

sementara tu didihkan tempat kukusan... kukus ayam nie lebih kurang 15

minit, dah siap...

 

 

AYAM RENDANG BERCUKA

 

Bahan-Bahan

1 ekor ayam (1.5 kg)
2 cm halia
10 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
6 sudu besar minyak
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar cuka 3 sudu besar air
1 sudu besar gula
1 sudu nteh serbuk kunyit
1 sudu teh kadu (biji sawi)
20 biji cili kering
Garam secukup rasa

Caranya -
Bersihkan ayam dan potong sebesar 4cm x 3cm. Toskan. Tumbuk atau mesin jintan putih, cili kering, biji sawi, halia, bawang putih dan gaul dengan serbuk kunyit. Gaulkan ayam dengan ramuan tersebut dan perap selama 30 minit. Panaskan minyak dan tumis bawang merah. Kacau hingga layu. Masukkan ayam dan kacau sekali-sekala. Masukkan gula, cuka, garam dan air. Masak hingga empuk.


 

AYAM MASAK MERAH

Ingredients
1 to
½kg chicken, cut into bite-sized pieces
1 tbsp turmeric powder
3 tbsp corn oil
100 gm shallots or yellow onion, finely sliced
6 to 8 gm fresh ginger, made into paste
7 cloves garlic, sliced
3 pcs star anise
120 gm tomato puree
Curry paste:  4 tbsp meat curry powder mixed with 3 tbsp of water
1cup water
1cup evaporated milk
Add salt and sugar to taste
Fried shallots, fesh onion rings, and red and green chillies for garnishing

Method
1.  Season chicken with turmeric powder and bake or deep-fry until 

     chicken is half cooked.  Set aside
2.  Heat oil in a wok, add sliced onion, garlic, star anise, and ginger
     paste and stir-fry tilll fragrant
3.  Spoon in the tomato puree and allow it to cook till the oil turns  

     red and surfaces.  Add curry paste and fry the ingredients for

     another 5 to 7 minutes.
4.  Add in chicken, mix throughly and leave to cook for 5 minutes.
5.  Pour in one cup of water, mix and cover the wok. Allow the

     mixture to simmer for 5 to 8 minutes.
6.  Next, pour in the evaporated milk, bring to boil and add salt and

     sugar to taste.  Let the gravy simmer till it tickens.
7. Once cooked, garnish with onion rings, sliced red and green

    chillies and fried shallots....yummy!

 

 

AYAM MADU

 

Bahan2
1 ekor ayam (anggaran 1 kg)
6 camb madu
4 camb mentega
Garam

Bahan2 utk pencicah
20 sen bijan -goreng tanpa minyak sehingga kuning keemasan
20 sen cili padi
7 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
¾
cawan kicap
1½ biji limau nipis-diambil airnya
5 camt gula
½
cawan air

Cara2nya
1.Perap ayam, madu & mentega selama sejam. Kemudian bakar.
2.Satukan semua bahan pencicah & jerang selama 5 minit.


 

STEW AYAM

 

Bahan
1 ekor ayam dipotong
1 batang lobak merah dihiris
1 biji bawang besar dipotong dadu
10 biji cendawan butang
1.2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 camb tepung gandum
2 camb mentega
1 camt lada sulah
sedikit garam

Cara2nya
1. Gaulkan ayam dgn tepung, lada sulah & garam kemudian

    digoreng
2. Panaskan mentega, tumis bawang kemudian masukkan lobak

    merah masak hingga empok.
3. Masukkan ayam & tuangkan air hingga menutupi ayam (jika

    suka boleh masukkan daun sup). Kemudian masukkan kulit

    kayu manis & bunga cengkih.
4. Masukkan cendawan masak hingga kuahnya menjadi agak

     pekat. Tuangkan sedikit bancuhan tepung jika perlu.


 

AYAM PERCIK ( 1 )

 

Bahan
1 ekor ayam dibuang kulit
2.5cm halia & 4 ulas bawang putih-ditumbuk
2 batang serai
1 camb asam jawa + 3 camb air
1 camt garam
1 camt gula (atau mengikut rasa)
1 camt tepung beras
2 biji kelapa parut
2 batang serai

Bahan utk dikisar
10 tangkai cili kering diremdam
10 ulas bawang merah
2.5 cm halia
2.5 cm belacan

Cara2nya
1. Ayam direbus bersama dgn halia&bawang ptuih yg telah 

    ditumbuk,serai & garam.
2. Ambil 3 cawan pati santan dari 2 biji kelapa itu tadi.
3. Tumbuk sedikit lebihan serai itu tadi.
4. Tapiskan air perahan asam jawa.
5. Didalam periuk, masukkan santan, bahan dikisar, serai, air

    asam jawa & tepung beras.Masak hingga mendidih di atas api

    yg kecil.Tambahkan gula, garam dan kacau sehingga kuah

    menjadi pekat.
6. Celupkan ayam didalam kuah dan panggang hingga masak.

    Boleh jugak dihidang dgn kuah yg berlebihan itu tadi.

 

 

AYAM PERCIK ( 2 )

 

Bahan:
1 ekor ayam (dibelah dua)
20 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji buah keras
1 sudu makan kanji
1 biji kelapa
Limau nipis, gula dan garam secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Ayam dibersihkan dan ketepikan sebentar.
2. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah dan garam.
   
Gaul pada ayam dan panggang.
3. Kelapa diperah santan, secawan pekat, secawan cair.
    Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan pekat.
    Didihkan santan dan masukkan asam, gula dan garam
    secukup rasa. Untuk memekatkannya masukkan kanji
    yang dibancuh sedikit air.
4. Untuk percik merah (berlada)tambahkan 4 tangkai
    cili kering yang ditumbuk dan masukkan ke dalam
    santan.
5. Apabila ayam telah masak, siram atasnya dengan
    santan cair, siram pula dengan santan pekat. Balik-
    balikkan supaya santan melekat pada ayam.

 

 

AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahannya :
Ayam dipotong kecil-kecil
bawang merah
bawang putih
lada hitam
kayu manis
kicap manis cap kipas udang
sos tomato maggie
cili merah

Cara-Caranya :
panaskan kuali dengan minyak, masukkan bawang putih, bawang merah dan ibu tiri yang telah ditumbuk dan goreng hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah digaul dgn lada hitam yang juga kena tumbuk.
masukkan sedikit air, dan tunggu hingga ayam masak.
masukkan kicap dan tomato sos dan keep on cooking till its thick.
opps! forgot the cinnamon..nevermind..i never really like cinnamon anyway..we just have to skip that ya?
then, put the fresh chili and maybe some fresh rounded cut onion also.

 

 

AYAM GORENG REMPAH


rempah untuk diperap bersama seekor ayam

Bahan2 semua bahan dikisar halus
5 ulas  Halia
1 labu Bawang Putih
6 Biji Bawang Merah Besar
3-4 batang Serai

Bahan2
Rempah Kurma 1 packet
Serbuk Kunyit
Garam
Gula sedikit
Sos Tiram
Kicap Pekat (sedikit)
(Kalau nak tambah serbuk jintan dan ketumbar
pun boleh tapi janganlah banyak sangat)

Cara-cara
1. gaul semua bahan-bahan diatas bersama ayam dan
    perapkan dalam 3 jam (lebih lama, lebih terasa
    rempahnya),
2. kemudian goreng, bila goreng warna hitam
    sedikit sebab kita campur kicap pekat so
    jangan letak banyak sangat kicap pekat
    tu,......

AYAM DADU DI DALAM SOS KACANG PEDAS

Bahan
400g Filet Ayam, dibuang kulit dan didadu
20 biji cili kering, dibuang biji dan dipotong 2.5cm
5 biji sengkuang cina, dikupas dan didadu
2 batang daun bawang, di potong 2.5cm
2 ulas bawang putih. dicincang
½ sudu besar halia cincang
80g biji gajus goreng
1 sudu besar sos kacang pedas
3 sudu teh minyak masak

Bahan (A)
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
½ sudu teh gula
¼ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan (B)
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh kicap pekat
1 sudu teh minyak bijan
¼ sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh tepung jagung
1½ sudu besar sos tomato
½ cawan air


Cara-cara
1. Perap ayam dengan Bahan A selama 1 jam.
2. Letak cili kering dengan 1 sudu teh minyak di dalam
    mangkuk.
3. Tutup dan masak pada tahap HIGH Selama 2 minit.
4. Keluar dan ketepikan cili kering dengan minyak,
    masukkan ayam. Kacau dan masak pada tahap HIGH
    selama 3 minit.
5. Di dalam mangkuk yang berasingan, campur 2 sudu teh
    minyak, halia, bawang putih, dan sos kacang pedas.
    Kacau dan masak pada tahap HIGH selama 1 minit.
6. Masukkan air, sengkuang cina, daun bawang, biji
    gajus goreng, kepingan ayam goreng, cili kering dan
    masak pada tahap HIGH selama 3 minit. Kacau pada
    separuh masa.
7. Campur Bahan B. Kacau, Tutup dan Masak Pada tahap
    HIGH Selama 3 minit.
8. Hidang segera.

 

 

AYAM KURMA


Bahan A :
Sedikit kayu manis dan bunga lawang

Bahan B :
( Hendaklah ditumbuk kasar dan digaulkan bersama rempah kurma hingga mesra )
Bawang merah 7 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 inci
Rempah kurma Adabi ( satu setengah pek kecil -
ikut selera masing-masing )

Bahan C :
Ubi kentang 2 biji dipotong empat
Bawang besar 1 biji dipotong empat

Bahan D :
Minyak masak
Ayam 600 gram
Kerisik 2 sudu besar
Santan pekat semangkut
Garam secukup rasa
Sedikit gula


Cara memasak :
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan bahan A sekejap.
3. Masukkan bahan B tumis sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan ayam yang telah dipotong, kacau sehingga
    30% masak.
5. Masukkan santan pekat, kacau sekejap.
6. Masukkan kerisik dan kacau rata, tunggu sehingga
    mendidih da ayam masak sepenuhnya.
7. Masukkan bahan C, tunggu sehingga lembut.
8. Masukkan garam secukup rasa serta sedikit gula.

Sepatutnya kuah kurma agak pekat, tapi jika terlalu pekat maka tambahkan sedikit air, jangan sampai cair.
Seluruh proses memasak adalah dengan menggunakan api perlahan.

Tips :
1) ada juga yang tak masukkan kerisik, tetapi dia gunakan kelapa parut yang ditumbuk halus dan juga dia menggunakan kas-kas. Rasanya pun emmm, mengancam jugak.
2) ada juga yang tak gunakan santan tapi ditukar dengan biji gajus & badam yang di tumbuk halus......lagi best tau.....


 

RENDANG AYAM


Bahan2nya:
1 ekor ayam yg sedang besarnya
½ cawan minyak masak ( untuk tumis )
2 - 3 helai daun kunyit
3 - 4 sudu rempah kari
1 cawan santan pekat
½ cawan kerisik
garam secukup rasa


Bahan Yang Perlu Dikisar

3 batang serai
4 hiris lengkuas
20 tangkai chili kering
10 biji chili merah
½ inci kunyit
½ inci halia
10 - 15 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih


Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan yg telah dikisar,
2. Kemudian masukkan serbuk kari.
3. Setelah 1-2 minit masukkan ayam dan daun kunyit.
4. Masukkan santan kelapa dan biarkan sehingga
    ayam empuk,
5. Kemudian masukkan kerisik dan garam mengikut
    rasa.

 

 


AYAM PERCIK KUALA SELANGOR


Bahan2 untuk Ayam
Bahagian ayam yg dah di potong2 (ikut suka hati.kepak boleh,dada boleh, peha boleh, bontot pun boleh)

Bahan Yang Perlu Dikisar

Serai
Bawang putih
Bawang merah
Halia
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk

Cara-caranya
Gaulkan bahan yg dikisar pada bahagian2 ayam tadi dan di perapkan selama 1 jam.
Bila sudah 1 jam,panggang/grill ayam tadi dengan api yg sederhana.
Kalau tak ada alat pemanggang,ayam boleh di goreng. (tapi rasa-nya ada Kelainan sikit-kalau panggang rasanya,lagi POWER!! )

Bahan2 Sos Ayam Percik
30-50 Tangkai lada kering (kalau nak pedas atau masak utk ramai,lebihkan)
½ Biji Betik masak (kalau masak untuk ramai orang 1 biji or 1½ besar memadai)
Sedikit cuka
Sedikit gula (ikut selera masing-kalau nak manis tambah lebih gula)
Sedikit garam
Lada kering yg direndam, dikisar halus dan ditapis. kita tak perlu hampas lada kering
Betik masak yang di bersihkan di kisar halus.
Masak lada yg ditapis bersama2 dgn betik yg dikisar.
Masukkan garam, gula dan cuka.
Masak hingga pekat (mula2 campuran lada dan betik akan sedikit cair).
Cuit sikit untuk test kalau2 nak tambah garam or gula.
Bila nampak warnanya merah meyala dan sudah pekat, tutup api.

Cara menyediakannya
Ayam disusun dalam bekas (pinggan ke,mangkuk ke,dulang ke heheh)
Tuangkan sos atas ayam.
Ianya boleh dimakan bersama nasi tapi lagi sedap dimakan begitu saja....hingga menjilat jari.......YUM YUM!!!!

 

 

AYAM TOMATO

Ayam 1 ekor dipotong2
Bawang merah 4 biji             }
Bawang putih 3 ulas             }dikisar
Halia 3 inci                            }
Bawang besar dipotong bulat
Serai 2 btg di ketuk
Cili kering 2 sudu mkn (kalau nak pedas blh lebihkan)
Tomato puri 4 sudu mkn
tomato sos 2 sudu mkn
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Goreng ayam separuh masak & angkat. Kemudian tumiskan bahan yg telah siap dikisar sampai wangi bersama serai, masukkan cili kering dan kacau sehingga naik minyak atau garing, diikuti dengan tomato puri dan cili sos.
dan bawang besar yg dipotong bulat, garam secukup rasa kalau agak pekat tambah sedikit air masak.... dan bagi yg biasa menambah serbuk perasa silakanlah... sebab saya tak gunakannya kerana kurang elok utk


 

NASI AYAM

NASI
Bawang kecil 6 biji
Halia seinci
Daun Sup 2 tangkai
Beras 4 pot
Air + kuah sup separas beras
garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bawang kecil dihiris halus, halia dipotong jangan terlalu kecil
2) Basuh beras masukkan garam, air & bahan (1), daun sup  

    dipatah-patah je baru naik bau dan masak.

*Kalau nak nasi jadi kuning sikit, tumis bahan (1) dengan planta baru masuk dlm beras.


AYAM
Ayam 9 ketul
Halia seinci
Bawang putih 4 biji
Kunyit seinci
kicap manis 3 sudu besar
serai 3-4 batang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bahan-bahan diblend & diperap (lagi lama perap lagi meresap

    rempah tu)
2) Goreng ayam


SAMBAL
Cili merah 10 biji
Bawang putih 3 biji
Sos tomato / cuka 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Blend cili & bawang putih
2) Masak dalam periuk & tambah sos tomato / cuka & garam

* Ingat!
Ada org tak leh makan cuka...

 

 

AYAM GORENG AIR KELAPA (STYLE INDON)


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 8 keping
2 biji limau kasturi
5 ulas bawang merah
1 sudu besar bawang putih
1 sudu teh halia
1 sudu teh kunyit serbuk
2 helai daun kunyit
2 helai daun salam
2 batang serai
4cm lengkuas
1litre air kelapa
100ml air kelapa
70gm tepung beras
½ sudu teh bicarbonate of soda
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Bersihkan ayam, campurkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih, halia, kunyit serbuk, serai dan lengkuas kecuali daun kunyit dan daun salam. Rebus hingga ¾ masak.
Angkat ayamnya, ambil air ayam dalam 100ml dan ambil rempah-rempah yang tertinggal.
Air ayam , tepung beras dan soda kuih dikacau rata ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuning-kuningan, dan toskan minyaknya.

Satukan adunan tepung beras soda kuih dan air ayam, bubuh sedikit garam, goring adunan hingga kekuning-kuningan.
Hidangkan ayam di pinggan dan taburkan adunan tepung beras atas ayam.


 

AYAM PERCIK


Bahan - bahan
Ayam seekor
Kunyit
Garam, Ajinomoto & Gula
*Jintan manis & jintan putih
*Bawang
(*Kisar hingga hancur)

Cara - cara
Lumurkan ayam dengan semua bahan-bahan di atas dan perap dalam beberapa minit sebelum dibakar. Bila agak-agak ayam tu nak masak renjis-renjiskan kuah percik sedikit dan bakar semua.

Kuah Percik


Bahan - bahan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Kunyit hidup / serbuk kunyit
Cili kering yang dikisar
Santan pekat
Gula, Garam dan ajinomoto
* sukatan tu agak-agak aje le ye

Cara-caranya
Bawang merah, putih, halia, cili kering, kunyit di tumbuk sehingga lumat dan campurkan ke dalam santan. Lebih elok kalau tumbuk dari kisar nanti kurang manisnya. Kemudian jerang atas api yang sederhana. Kena kacau selalu nanti santan berketul-ketul. Bila mendidih masukkan garam,gula dan ajinomoto secukup rasa dan serai. Kalau manis sikit lagi sedap. Sebenarnya kunyit dan cili kering tu kalau tak letak pun tak apa.
Ada setengah orang suka warna putih.
Tapi saya lebih suka warna kuning kemerahan dan rasa pedas sikit. Kacau sampai pekat.


KEPAK AYAM DELI CHICKEN


Kepak ayam 8,
madu 5 sudu besar,
bijan 2 sudu teh,
lada hitam kisar separa halus,
bawang putih, bawang merah,3 ulas each,
halia 1 inci,
minyak masak / butter,
kisar kering bawang merah, bawang putih,halia
perap kepak ayam dengan bahan2 yang telah
dikisar 10 minit,campur madu dan lada hitam dan gaul sebati.
Resipi diatas boleh di bakar dalam micro wave atau digoreng.
Kalau nak bakar balut ayam diatas dengan aluminium paper.

 

Kalau goreng buat deep fry.

 

 

AYAM CILI BEREMPAH

Bahan
segengam cili padi
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
asam jawa

caranya
cili, bawang merah & putih ditumbuk sampai lumat, masukkan ikan bilis tumbuk tetapi jangan terlalu lumat biar kasar2. Goreng bahan tadi biar sampai naik bau dan garing. masukkan air asam jawa , garam & aji kalau suka. angkat bila dan agak kering airnya.


AYAM BEREMPAH


bahan (agak-agak je)
1 ekor ayam
1 - 2 biji bawang besar dimayang
8-9ulas bwg merah ditumbuk
5 ulas bwg putih ditumbuk
kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
cili api biarkan sebiji2 (kalau nak pedas letak banyak)
5 cmb rempah kari
asam jawa

Caranya
tumis bawang yang ditumbuk, kayu manis, bunga lawang dan cengkih. bila naik bau masukkan rempah kari kacau dan masukkan ayam, letak sedikit air, bahan perasa dan biar empuk. masukkan cili api, bawang yang dimayang dan air asam jawa. bila agak kering angkat. siap.

selamat mencuba.


 

KERUTUB DAGING/AYAM

1 kg daging (boleh diganti dengan ayam)
½ biji kelapa (diambil santannya)

Bahan A:
3 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1½ cm halia
3 batang serai
(semua bahan-bahan di atas dikisar)

5 sudu rempah kerutub
2 sudu kerisek
3 sudu sos tomato
1 sudu kecil belacan

Bahan B (Untuk Menumis):
2 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1½ cm halia
( semua bahan di atas dikisar)

2 batang serai
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 cawan minyak masak
3 sudu besar cili boh
Garam, gula dan asam jawa secukup rasa

Cara memebuatnya:
Daging direbus dan digoreng terlebih dahulu
Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian masukkan Bahan B dan tumis sehingga kuning.
Masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan Bahan A yang telah dicampur kesemuanya kemudian dikacau beberapa minit.
Masukkan daging yang telah digoreng dan santan. Akhir sekali masukkan gula, garam dan asam jawa.


AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA

Bahan-bahan:
½ ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam ½ jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil-kecil. Cendawan yang
    dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong
    4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau
    (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang.
    Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi.
    Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau
    sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap
    terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram
    dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin,
    bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan
    biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan.
    Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat.
    (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).


 

AYAM KEPAK MASAK MINYAK BIJAN

Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram

Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos
    tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup
    rasa). Campurkan bawang putih yg dihiris.
    Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam
    (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30
    minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan
    terhadap ketul ayam tadi.

 

 

NASI AYAM HAKKA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih

Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak
    direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam
    dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam
    dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita
    mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak
    bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari
    ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk
    megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita
    memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam.
    Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air
    rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih
    dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah
    (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi.
    Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah
    jam.

 

 

AYAM GOLEK SERI PAHANG

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam,
    gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang
    besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas
    api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau
    dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api
    selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan
    ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa
    tersendiri. Hidangkan bersama minuman


 

SOTO AYAM

Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)

Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati
    masukkan la garam, ajinomoto, gula sikit.

Bahan B
10 biji bawang merah

Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak
    yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan
    banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu
    kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.

Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap,
    gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .

 

 

AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR

Bahan-bahan:
½ kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping

Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing
    bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga
    naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-
    agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat
    sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah
    minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang
    telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit
    air ( Gunakan api yang sederhana ).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit
    gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng
    tadi dan gaulkan. Hidangkan


AYAM MASAK LOMAK CILI API NOGORI STYLE

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar)
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)

Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih &
    merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali
    beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra
    hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit
    minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak
    perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu
    bolehlah ditutup apinya..

Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

 

 

AYAM/IKAN MASAK KICAP

 

 

1 ekor ayam dipotong 12 - goreng dengan serbuk kunyit
2 biji bawang besar - blend
6-8 biji bawang putih - blend
½
mangkuk kecil lada kering [agak2 lah] diblend
[kalau ikan, kurangkan atau tidak perlu]
2-3 sb jintan halus - blend
2-3 inci halia - blend
rempah tumis [kayu manis, cengkih etc]
kicap manis kipas udang
1 sb tepung jagung
½
- 1 cwn air - ikut kepekatan kuah
daun sop & bawang [utk kuah & hiasan]
kicap pekat sikit jika suka.
gula, garam  & aji
kentang goreng utk ayam, potong memanjang,
utk ikan potong bulat, nipis
tomato buah jika suka
lobak merah jika suka

Cara:

Tumis rempah tumis hingga wangi, masukkan bhn2 blend di atas & tumis hingga agak garing.  Masukkan air, kicap, gula ..dan etc semuanya..agak mendidih, masukkan ayam/ikan, daun sop , dan tepung jagung utk pekatkan kuah.  Jgn terlalu byk air, kemanisan ayam atau ikan kurang sket nanti.
last sekali masukkan kentang goreng dlm kuah atau utk hiasan.


** utk ikan, biasanya saya tambah lada hitam sedikit **


 

MASAK KICAP

 

 

Bahan
Ayam (ikut suka hati)    - goreng separuh garing
1 labu bawang besar    - potong bulat-bulat
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 camb besar lada hitam  (kalau nak pedas boleh ditambah)
5-6 tangkai cili padi        (sama jugak kalau nak pedas boleh tambah)
1
½ cawan kicap pekat    (saya suka guna kicap cap kipas udang warna hijau)
1/4 cawan air     
garam & gula              } secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara
1.  goreng ayam tadi jgn terlalu garing.
2.  Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam & cili  

      padi. Jgn terlalu halus & jgn terlalu kasar.
3.  Tumis bahan2 yang ditumbuk tadi kedalam kuali. Goreng

      sehingga garing & naik bau.
4.   Apabila sudah garing masukkan ayam kacau rata. masukkan

      pula kicap & sedikit air (jgn terlalu cair)
5.   Apabila kuah sudah mendidih masukkan bawang yang

      dipotong bulat & padamkan api.

 

 

AYAM GORENG BERSAMA KACANG

Bahan2 :
1 ekor ayam dipotong 8 hingga 12 keping digoreng sampai garing
4 ulas bawang putih dicincang halus
Garam dan lada putih secukup rasa
4 camca besar minyak
3 biji bawang besar didadu
300gm kacang bendi didadu
2 cawan air rebusan tulang-tulang ayam
1 camca kecil Tobasco.

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai kuning emas
Masukan kacang bendi, air rebusan dan dimasak sampai kuahnya pekat dan bendinya lembut
Gaulkan ayam goreng kedalam bendi.
Masukan garam, tobasco dan lada putih.
Masaklah sehingga kering sedikit.

 

 

SANDWICH SALAD AYAM

Bahan-bahannya :
1 bahagian peha ayam atau 200g dada montok(dibuang tulangnya dan dicincang dagingnya)
1 sudu teh serbuk kunyit (digaul dengan isi ayam)
1 sudu teh serbuk lada hitam (digaul dengan isi ayam)
1 sudu besar mentega atau marjerin
air perahan dari 2 biji limau nipis
1 batang lobak merah kecil (dihiris halus
2 biji tomato (dicincang)
helai daun lettuce (disiat-siat)
8 batang roti hotdog

Cara-caranya :
Panaskan minyak, tumis ayam bersama sedikit air. Apabila hampir empuk, campur pula air limau. Setelah kering, campur pula lobak merah dan tomato, dikacau-kacaulagi sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Belah bahagian tengah roti, isikan bahan tumisan tadikedalamnya, selitkan sehelai daun lettuce.


NASI AYAM BERMADU

Bahan-bahannya :
½ ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan ditumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya
Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu.Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

 

 

AYAM MASAK HALIA DAN BAWANG


400 gm isi ayam (dipotong kecil dan digoreng lima minit)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
6 tangkai daun bawang (potong 2 cm)
Sedikit garam

Bahan Hiris:
3 cm halia (dihiris halus)
1 labu bawang besar (dibelah empat)

Cara Memasak:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam, sos tiram dan garam.
Biar mendidih dan masukkan bawang besar, halia serta daun bawang.
Gaul rata dan angkat.

 

 

AYAM GORENG SAMBAL JAWA


Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong kecil dan lumur dengan garam & kunyit. Perapkan sementara penyediaan bahan lain.
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 sudu makan gula merah/gula pasir
1 cawan kacang tanah yang disangrai, ditumbuk kasar
15 biji cili kering, direbus dan dikisar kasar ATAU 15 biji cili padi (kurang/lebihkan ikut suka)
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh ketumbar, disangrai dan ditumbuk halus
belacan sebesar ibu jari, bakar
½ - 1 cawan air asam jawa (dari asam jawa sebesar ibu jari)
1-2 sudu teh garam
2 sudu makan kicap manis
Minyak

Cara
1. Blend bawang merah, bawang putih, halia,
    lengkuas, cili kering, jintan manis,
    ketumbar dan belacan
2. Gorengkan ayam sehingga separuh masak
3. Keluarkan sedikit minyak.
4. Masukkan bahan-bahan kisar dan gaul rata. Goreng
    sehingga rempah agak garing
5. Masukkan air asam jawa dan kicap, gaul rata
6. Biarkan ayam empuk
7. Bila agak kering masukkan kacang tanah dan gula.
   Gaul rata.
8. Masak sehingga betul betul kering.
9. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

 

 

KURMA KAMBING/DAGING/AYAM


Bahan-bahannya
Daging/ayam dipotong kiub
1 botol natural yogurt (size kecik macam Nestle punya, kalau tak suka masam, kurangkan)
1 biji bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - tumbuk
½ inci halia - tumbuk
1 tbsp ketumbar sebuk
1 tbsp jintan putih serbuk
1 tsbp cili serbuk
¼ tbsp kunyit serbuk
2 helai bay leaves
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Cengkih
Minyak masak/minyak sapi/butter utk menumis

Methods:
1. Tumis bawang besar sampai brown colour.
2. Masukkan bawang putih & halia tumbuk.
3. Masukkan kulit kayu manis, pelaga & cengkih, tumis sampai 

    wangi.
4. Masukkan rempah2 serbuk, tumis sampai wangi.
5. Masukkan daging/ayam, kacau sebentar.
6. Masukkan yogurt & bay leaf.
7. Lastly, masukkan garam & sedikit gula ( utk menggantikan

    serbuk perasa ).
8. Kalau agak2 daging tu masih liat, masukkan sikit air, tutup

    periuk (kacau sekali-sekala) & biar kuah sampai pekat.

Colour kurma ni tak macam kurma yg biasa tu, kelabu, tapi merah kekuningan. Ok, selamat mencuba..


 

AYAM SERAI BERMADU

 

 

Bahan-Bahannya

1ekor ayam               

8 biji cili padi (jika suka pedas lebihkan lagi)

10 ulas bawang merah  

5 ulas bawang putih  

sedikit halia              

5 batang serai              

1camca kecil madu          

garam

serbuk perasa jika suka.

sedikit perahan lemon.

minyak

 

Cara-Caranya

ayam dipotong-potong.kemudian digoreng.

cili padi,bawang merah,putih ,halia,serai ditumbuk/diblend sehingga hancur.

panaskan minyak kemudian masukan bahan-bahan yang telah

ditumbuk/diblend tadi.

setelah naik baunya.masukan madu,garam ,perahan lemon dan serbuk perasa

jika suka.kemudian baru masukan ayam yang telah digoreng tadi. angkat dan siap untuk dihidangkan

 

 

AYAM MASAK ASAM


Bahan A
ayam

Bahan B
cili kering
bawang besar
bawang putih
halia

Bahan C
bancuhan air asam jawa
ubi kentang - potong 4
tomato - belah 2
daun sup - dihiris - hiris
daun limau purut - di carik-carik

1) potongkan ayam mengikut saiz yg dikehendaki (dipotong 8 atau

    16 )
2) blender /tumbuk bahan b
3) panaskan minyak kemudian tumiskan bahan b hingga wangi
4) masukkan air asam jawa, seterusnya air mengikut citarasa 

    kemudian daun limau purut
5) masukkan ayam dan ubi kentang tunggu hingga ayam & ubi

    kentang empuk
6) akhir sekali buah tomato.
7) taburkan daun sup semasa menghidang

 

 

AYAM PANGGANG

 

 

Sekor ayam ( bersihkan bahagian dalam juga )

1 sudu makan madu

1 sudu kicap cair

1 sudu herba rosemary atau sage - herba sage ini lebih banyak kegunaan kerna boleh juga digunakan utk menyediakan steak.

 

Lumurkan bahan2 ini pada ayam juga bahagian dalamnya.  Sisipkan juga di bawah2 kulit ayam yg mana boleh.  Ikat kedua kaki ayam ngan benang kasar.  Perap ayam ni.  Ketika membakarnya, setiap 15 minit, renjiskan ayam ini dgn butter.

 

Sos cicahnya;

****************

Panaskan sesudu makan butter dlm periuk.  Masukkan tomato sos, cili sos, air, kicap cair, sedikit kicap masin, sikit gula dan garam. Elemen masam/pedas lebih dominan dari yg lain2 tuh.  Biarkan mendidih sebentar saja ( kalau lama2 nanti tangan anda akan jadi mangsa! ) Apabila ayam dah masak, ambil sikit minyak ayam bercampur butter yg berada dlm tadahan dan masukkan ke dlm sos tadi.  He...he...he...peringatan ya: benda ni berkolesterol tinggi!

 

 

AYAM/UDANG ASAM JAWA@SERAI@DAUN LIMAU PURUT

 

 

Untuk sekali hidang; udang atau isi ayam yg telah dipotong2 'bite size'

Gaulkan dgn sedikit tepung jagung dan goreng sebentar dgn sedikit minyak.

 

Bumbunya. ( kalau hidangan anda banyak, banyakkan bahan2 dibawah )

3 batang serai 

Sedikit halia ( hanya utk ayam )

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Cili padi/ tak mau pedas, guna cili kering/hidup

Kisar semua bahan diatas dan tumiskan.

Sebesar syiling 20 sen asam jawa dibancuh dgn air utk dapatkan jus yg pekat

6 helai daun limau purut ( dimayang/siat kecil2 )

Sedikit gula

Garam

Apabila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Setelah pekat sedikit, masukkan daun limau purut. Bila dah pekat, kecilkan api, masukkan ayam/udang dan gaul rata. Resepi ini, bergantung kpd anda. Jika anda mahukan sesuatu rasa itu lebih dominan maka lebihkan bahan itu. Tu sebab banyak @@@ kat namanya. He...he...he...setiap kali rasanya berbeza bila akak masak.

 

Okey, selamat mencuba. Kedua resepi ni ringkas & sedap dimakan sewaktu ianya masih panas.

 

P/S Jika ayam panggang anda ada lebihan, siatkan dagingnya, gaul dgn lada sulah dan simpan dalam peti sejuk. Pagi esok, ambil roti, lepa dgn mayonis. Kemudian taburkan cebisan2 ayam panggang, tutup pula ngan hirisan timun ker, tomato ker atau salad iceberg. Tutup dgn sekeping lagi roti yg juga telah dilepa dgn mayo.

 

 

PAI AYAM

 

 

Bahan utk pastri

A

4 cawan tepung gandum

1 camt serbuk penaik

(diayak bersama)

 

B

2 biji kuning telor

2 camb minyak jagung

(dipukul bersama)

 

C

1 camb jus limau + sedikit garam

2 camb susu cair + 1 biji kuning telor

250 gm marjerin

1¼ cawan air sejuk

 

Bahan Inti

200 gm isi ayam - potong kecil & rebus

1 biji bawang besar - potong dadu

1 cawan air rebusan ayam

½ cawan sayur campur

3 camb tepung gandum

2 camb mentega

½ cawan susu cair

1 camt serbuk lada hitam

1 kiub pati ayam

 

Cara membuat pastri:

Campurkan bahan A & B. Gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti. Setelah itu masukkan bahan C pula.

Masukkan air dan uli hingga menjadi doh. Canai adunan anggaran 20cm  panjang dan sapukan marjerin. Lipat lagi beberapa kali dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.

Keluarkan doh dan canai lagi. Masukkan dalam acuan pai, isi inti dan tutup semula. Bakar hingga masak. Setelah itu angkat dan sapukan dgn kuning telor bercampur susu cair tadi.

 

Utk membuat inti:

Panaskan mentega. Tumiskan bawang besar hingga wangi. Setelah itu masukkan ayam dan air rebusannya.

Campurkan lada hitam, susu, serbuk pati ayam dan sayur campur. Bancuh tepung gandum dgn sedikit air dan masukkan ke dalam ayam tadi. Ini utk memekatkan masakan tersebut. Angkat dan sejukkan.

 

 

AYAM HALIA

 

 

Bahan-bahannya

½ ekor Ayam

5 -6 biji chili kering (Gunting dua )

50 sen Halia (Potong lebar

3 biji Bawang besar (Potong memangjang )

5 ulas bawang putih di ketuk

Kicap Pekat(Soya Sos)

Kicap Cair

Sedikit Sos Tiram

 

Cara - cara memasak

1   Tumiskan Bawang  putih ,Bawang Merah ,Halia ,Cili kering

     sampai naik bau.

2.  Masukkan ayam goreng sampai setengah masak

3.  Masukkan semua sos tadi jika kering masukkan sedikit air 

     sampai mendidih pas tu angkaat la dan makan panas-panas

 

 

AYAM MASAK MERAH

 

 

Bahan2

1 ekor ayam - potong 10 dan digoreng

1 biji bawang besar             ]

3 ulas bawang putih            ]  ditumbuk halus

sedikit halia                         ]

1 biji bawang besar - di mayang bulat tebal

¼ cawan cili kering yg dimesin halus - ikut kepedasan yg diingini

sos tomato/puri

sos cili

air asam jawa sedikit (terpulang nak letak boleh taknak pun tak per

sebab sos tomato pun dan masam sikit)

sedikit gula merah

garam dan pak aji secukup rasa

minyak utk menumis

air secukupnya

 

Cara2

1) Tumis bawang sehingga garing.  Masukkan cili kering dan

     biarkan ia pecah minyak dan masukkan sedikit gula merah.

2)  Masukkan sos tomato dan sos cili.  tumis lagi.  masukkan air

     utk kuahnya. Biarkan kuahnya mendidih masukkan garam dan

     aji no moto dan juga bawang besar yg dimayang bulat. Biarkan

     ia mendidih lebih kurang 2 minit dan masukkan ayam yg telah

     digoreng. Hidangkan.

 

 

LEMON CHICKEN

 

 

Bahannya

Ayam

4 keping daging ayam bahagian dada, buangkan tulang

1 sudu makan kicap

1 sudu teh garam

2 biji telur

Suku cawan tepung jagung

Setengah sudu teh serbuk penaik

2 cawan minyak untuk menggoreng ayam

 

Sos

Satu per tiga cawan gula 

1 sudu makan tepung jagung

1 cawan stok ayam

Setengah sudu teh garam

2 sudu makan jus lemon

1 biji lemon, dihiris

2 sudu makan minyak

 

Cara-caranya:

Didalam satu mangkuk besar, gaulkan ayam

dengan kicap & garam, perapkan 15 minit

Didalam mangkuk kecil, pukul telur, masukkan tepung jagung & serbuk penaik, gaul sehingga tidak bergentel. Panaskan minyak dalam satu kuali besar, salutkan ayam dengan adunan telur & tepung, goreng hingga kuning, potong jadi kepingan 1½ x 1 inci

Di dalam kuali, pijarkan minyak, masukkan hirisan lemon and kacau selama 30 saat.

Perlahan-lahan masukkan bancuhan stok ayam, kacau sentiasa sehingga sos jernih,

Tuangkan ke atas ayam

Sedia untuk dihidang

 

 

CHICKEN CHOP

 

 

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)

1 biji telur

1 biji tomato

1 helai daun salad

Sedikit daun pasli

Sedikit lada sulah

20 gm potato chip (digoreng)

20 keping biskut tawar (dikisar halus

Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

 

Cara:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.

Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.

Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.

Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

 

 

AYAM MASAK OREN JULIEN

 

 

½ cawan minyak masak (atau secukupnya minyak untuk menggoreng ayam)

4 keping ayam dada (fillet) di potong dadu jangan terlalu kecil

1 biji telur di pukul sedikit

½ cawan susu cair/segar

½ - 1 cawan tepung s/guna

Sagatan (kulit) memanjang  halus (julienned) dari ½ biji oren

(Boleh juga diganti dengan limau nipis tapi sengitnya mungkin terlalu kuat jika dibandingkan dengan kulit Oren)

 

Sos:

1 s/b minyak masak

2 s/b bawang putih cincang

2 labu bawang besar dihiris

1 cawan sos tomato (apa brand boleh)

½ cawan air

1 s/b gula pasir

2 s/b sos cili bawang putih

1 s/b kicap pekat

 

Cara-caranya

Panaskan minyak. Ayam yang dipotong dadu, dibersihkan.

Campurkan susu cair bersama telur yang telah dipukul kedalam

mangkuk & tepung di mangkuk yang lain.

Salut ayam di dalam tepung, kemudian celupkan

kedalam telur/susu dan sekali lagi salut kedalam tepung.

Goreng ayam tadi kedalam minyak yang panas sedikit-sedikit

hingga habis. Angkat dan ketepikan.

 

Masa untuk menyediakan sos.

Panaskan 1 s/b minyak di dalam kuali. Masukkan b/putih dan bawang besar.

Masukkan sos tomato dan air.  masukkan pula gula, sos cili b/putih dan kicap pekat. Masak selama 5-6 minit. Masukkan kulit limau yang disagat memanjang. Kacau sekejap.

Masukkan ayam yang telah digoreng.

Gaul sekejap dan terus angkat.  Hidangkan dengan nasi panas.

 

 

LEMON CHICKEN

Ingredients:
3 lb chicken brests, deboned
1 tablespoon soy sauce
1½ salt
2 eggs
¼ cup cornstarch
½ teaspoon baking powder
2 cups salad oil for frying
1/3 cup sugar
1 tablespoon cornstarch
1 cup chicken broth
1 tablespoon lemon juice
1 lemon
2 tablespoons salad oil

Procedure:
In large bowl, comine the chicken with soy sauce and
½ teaspoon of the salt; let stand for 15 minutes. In
small bowl, beat eggs; beat in the ¼ cup cornstarch
and the baking powder to form smooht batter. In wok or
large skillet, heat the 2 cups oil to 350 degrees F.
Coat chicken with batter; fry until browned. Cut into
1½ X 1 inch pieces. Combine sugar, the one
tablespoon cornstarch, broth, lemon juice and
remaining 1 teaspoon salt. Cut lemon into thin slices.
In wok or skillet, heat the two tablespoons oil; add
lemon slices and stir fry for 30 seconds. Slowly stir
in cornstarch mixture. Cook, stirring constantly,
until sauce is clear. Pour over chicken. Makes six
servings.


 

AYAM MASAK KICAP


ayam - potong kecil
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 batang carrot - potong selebar jari
2 biji kentang - kupas kulit, belah 4 ataupun 6 (nak goreng sehingga
kuning pun boleh)
2 biji bawang besar - hiris bulat
3 sudu besar kicap pekat manis
2-3 sudu besar tomato sos
1 cawan air
garam/gula/lada sulah

Di kisar
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
½ inci halia
1 sudu besar cili kering mesin (add more sekira nak
pedas lagi)

Cara-caranya

1) Goreng ayam sehingga masak. Angkat.
2) Tumis bahan kisar sehingga garing,masukkan gula
kacau rata. Bila garing dan sebati masukkan
ketumbar serbuk. Add garam, tomato sos, kicap
pekat dan lada sulah.
3) Masukkan carrot, kentang dan ayam. Add air. Masak
sehingga kuah pekat sedikit.
4) Add bawang besar kacau rata dan angkat.


 

MASAK KICAP STYLE JAWA


3 keping ikan tenggiri / ½ ekor ayam
3 ulas baeang putih
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar - belah empat
2 biji cili hidup merah
½ in halia
1 serai - di ketuk
2 senduk kicap masin
½ mangkuk santan pekat
rempah tumis e.g. kayu manis, cengkih, pelaga & bunga lawang

cara;
1. ikan / ayam di goreng setengah masak - angkat dan
    letak tepi
2. menggunakan minyak bau, tumis rempah tumis. bila
    naik bau tumis bawang dan halia yg di tumbuk. bila
    naik bau, masukkan serai dan lada hidup.
    (kalau tak nak pedas, lada masuk kemudian)
3. masukkan kicap. Kacau rata
4. Masukkan ayam / ikan yg di goreng tadi
5. balik-balikkan supaya rata. Masukkan santan
6. Biar atas api kecil hingga mendidih. (boleh masuk
    cili waktu ini kalau tak mau pedas sangat)


 

AYAM MASAK MERAH ALA MOROCCO


Bahan-bahan:
10 keping ayam
2 cm halia - dicincang halus
2 sudu kecil biji lada hitam
1 sudu kecil koma-koma (saffron)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar - didadu
1 cm kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 tin tomato
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar madu
Jus dari ½ biji lemon
Segenggam daun ketumbar
15 biji buah zaiton hitam (optional. kalau takde ni, nama Morocco tu tak guna lah)
Air secukupnya
Minyak sawit (Vesawit) untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis.
2. Masukkan ayam dan digorengkan sebentar dengan serbuk ketumbar.
3. Setelah ayam mula agak garing sedikit, masukkan air, tomato, tomato puri, madu dan koma-koma.
4. Masaklah sampai ayamnya betul-betul kering dan barulah dimasukkan garam, buah zaiton, jus lemon serta daun ketumbar.


 

AYAM MASAK HIJAU (RESIPI ARAB)

Bahan-bahannya
1 kg ayam (bahagian dada atau isi sahaja)
5 batang cili hijau
50 sen daun ketumbar (coriander leaf)
50 sen daun pudina (mint)
dua helai daun pandan
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia muda
minyak sapi untuk menumis
garam secukup rasa
½ cawan tairu (yogurt)

Caranya:
bahan-bahan diatas kesemuanya termasuk daun pandan
dikisar dan diperap ayam selama setengah jam atau
kalau yang bekerja tu boleh lakukan sebelum pergi
lalu disimpa di peti ais.
Panaskan periuk,masukkan minyak sapi lalu masukkan
kesemua bahan yang di perap tadi.Gaul sehingga naik
baunya dan masukkan sedikit air dan biarkan mendidih
lalu masukkan tairu.Hidangkan segera bersama nasi atau
roti.


 

CHICKEN CHOP

Bahan-bahannya
4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
½ cawan jus limau
½ cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa
minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad

Cara-caranya

1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih,
kicap dan serbuk lada hitam.
2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah
dipukul sedikit.
3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana
panas.
4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng
dan daun salad.
5. hidang bersama sos chicken chop.

SOS/Gravy
150gm sos cili
1 sk gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 sb brown gravy (boleh dpt di s/mrkt - dlm pkt)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)


Cara-caranya
1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula,
     sos tomato, sos cili, garam dan air rebusan (stok
     ayam).
2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.

 

 

 

Enter supporting content here