Make your own free website on Tripod.com
Selera Nusantara Xpoision
Aneka Kuih

HOME

image001.jpg

           Kuih Karas

Bahan-bahannya:
Tepung beras 480 gm
Gula 4oo gm
Air Panas 560 gm
Minyak masak
2 senduk

Cara-cara membuatnya:
Larutkan gula didalam air panas. Campurkan sirap panas dengan tepung beras sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan yang pekat dan licin. Biarkan adunan dalam suhu bilik selama 20-30 minit. Panaskan minyak didalam kuali. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan kuihkaras dan pusingkan acuan tersebut untuk menghasilkan satu lapisan nipis, berbentuk jala didalam minyak panas. 
Apabila warna keperangan diperolehi, lipatkan kuih menjadi setengah dan biarkan sejuk didalam piring. Resepi ini menyediakan 8-10 keping kuih

image0011.jpg

            Kuih Apom

Untuk menyediakan sebanyak 12 biji kuih apom 
cawan kecil (garis pusat 50 mm)
Bahan-bahannya:
Tepung Beras 100gm
Gula 50 gm
Air 130 gm
Yeast 2 gm
ENO 2 gm

Cara-cara membuatnya:
Campurkan tepung beras,gula air dan yeast
Kacau hingga sebati. Biarkan selama 3-4 jam.
Tambahkan ENO dan kacau hingga rata dan biarkan selama 5 minit.
Panaskan cawan-cawab dalam didalam periuk stim dan tuangkan adunan kedalamnya. Stimkan selama 15-20 minit atau sehingga masak

image0012.jpg

           Kuih Bengkang

Bahan-bahannya:
Tepung beras 300 gm
Gula 400 gm
Santan pekat 600 gm
Air 900 gm
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan diatas kedalam sebuah mangkuk.Kacau hingga sebati dan tapis campuran itu.Kacau bahan itu diatas api sederhana selama 10 minit sehingga agak pekat. Padamkan api. Kacau dengankuat menggunakan senduk kayu sehingga menjadi adunan yang licin dan berkilat. Tuangkan adunan kedalam loyang bergarispusat 26 cm yang telah dialas dengan daun pisang. Bakar pada suhu 200 darjah C selama 11/2 jam. Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan
.

image0013.jpg

         Kuih Lapis

Bahan-bahannya:
Tepung beras 250 gm
Tepung kacang hijau 25 gm 
Tepung ubikayu 25 gm
Tepung sagu 25 gm
Gula 330 gm
Santan pekat 350 gm
Air 700 gm
Daun pandan 5-10 helai (diambil jusnya)
Pewarna makanan merah

Cara-cara membuatnya:
Campurkan tepung beras,tepung kacang hijau, tepung ubikayu dan tepung sagu dengan air dan gula.Tambahkan santan pekat dan kacau.
Bahagikan campuran kepada tiga bahagian dan tambahkan setiap bahagian dengan warna merah,Jus pandan (hijau) dan tanpa pewarna.
Minyakkan loyang (bergarispusat 260 mm) dan panaskan didalam periuk stim. Tuangkan satu lapisan nipis (sesenduk campuran) kedalam loyang tersebut bermula dengan campuran tak berwarna, hijau dan diikuti merah. stimkan selama 4-5 minit untuk setiap lapisan. Ulangi sehingga semua bahan 
campuran digunakan.

image0014.jpg

       Kuih Lompang
 
Bahan-bahannya:
Tepung beras 100 gm
Gula 210 gm
Air 500 gm
Tepung Sagu 60 gm
Daun pandan 3-4 helai (diambil jusnya)
Air kapur 1/2 sudu teh
Kelapa parut 40 gm
Cara-cara membuatnya:
Campurkan 1/2 bahagian air (250 gm) dengan gula. 
Didihkan sehingga semua gula larut. 
Biarkan sejuk ke suhu bilik. Campurkan tepung beras, tepung sagu dengan 1/2 bahagian air (250 gm) lagi. Campurkan jus pandan dan sirap gula dengan adunan tadi sehingga rata. Tuangkan adunan kedalam cawan yang telah dipanaskan dan kacaukan dengan sudu sehingga rata. Stimkan selama 25 minit. Hidangkan dengan

Kuih Talam
image0015.jpg

           Kuih Talam

Bahan-bahannya:
Lapisan bawah (berwarna hijau)
Tepung beras 175 gm
Gula 400 gm
Air 1000 gm
Daun pandan 15 helai (diambil jusnya)
Air kapur 1 sudu teh
Lapisan atas (berwarna putih)
Tepung beras 50 gm
Tepung ubikayu 50 gm
Santan pekat 400 gm
Garam 6 gm
Air 100 gm
Cara-cara membuatnya:
Campurkan semua bahan lapisan bawah sehingga rata. Panaskan loyang (bergarispusat 260 mm) didalam periuk stim. 
Tuangkan campuran lapisan hijau kedalam loyang 
tersebut dan kacau sehingga menjadi adunan yang 
pekat dan berkilat. Stimkan selama 30 minit. 
Campurkan semua bahan lapisan atas (putih) dan  tuangkan keatas lapisan hijau yang telah masak. 
Stimkan selama 20 minit sehingga masak

Enter supporting content here